Monday, July 3, 2017

Amanda's Solid Food

Assalamualaikum,

Sekarang ni, kami laki bini tengah obsessss dengan baby girl kitorang hahaa. Mak bapak mana tak obses kan? Ni pegi keje pun aduhai teringat2 kat dia. Kerja pulak dah siap semua. Kalau kerja banyak bolehlah distractkan diri, Duduk2 ni teringat kat Amanda jelah.

Amanda dah start makan solid food. Setakat ni solid food Amanda mmg saya buat sendiri, cuma raya haritu ada bagi dia try makan baby food Heinz dalam jar tu sbb busy tak sempat nak stock up lagipun makanan dalam baby jar tu boleh bawak mana2 pegi beraya tak perlu sejukkan selagi belum bukak.

First food Amanda adalah puri buah dan sayur. Kalau betul2 makanan pertama, buah betik. Yang mana Amanda reject habis2an hahaa. Memang baby masa mula-mula nak try solid food, diorang tak biasa lagi jadi dia reject. Cubaan kedua, kalau tak silap carrot. Itu pun lepas dua hari perkenalkan betik kat taste bud dia. Doktor pesan, satu jenis makanan introduce dalam dua tiga or even empat hari baru tukar. Carrot tu, Amanda dah start terima haha. Next kentang, Amanda suka dah! Dia makan banyak. Diikuti pear, apple, pisang, pumpkin, semua dia suka, lajuu je makan. Tapi Avocado, dah try dua tiga kali dia memang tak suka sampai sekarang, baby mama ni tekak tak mat salleh la kahkah :D

Masa Amanda lahir, my boss prezenkan baby food processor. Memang membantuuuuu sangat tau baby food processor nii. Tq boss hehee. Senang nak steam makanan, lepastu terus blend sampai jadi puri. Nak cuci pun senang. Mama punyela seronok buat puri Amanda sampai puan bila nampak mama bawak puri baru je, dia kata habiskan dulu apa yang ada kot, puri dah penuh peti :p kehkehh


Sekarang Amanda dah 7 bulan, dah boleh start variety of food. Mama try bagi cerelac, tapi Amanda punyela tak suka sampai setiap kali suap  nak muntah je hahaha. Makan biskut Milna pun mcm tu jugak, bila suap je nak jeluek kehkeh. Mama bagi homemade bubur, Amanda laju je pulak makan, so mama pun kembali buat homemade food je untuk Amanda. Memang since dalam perut Amanda tak suka makanan yang bukan homemade. Bila mama makan luar je, mama mulalah mual muntah-muntah. Mama buat bubur dengan satu jenis sayur dulu, macam bubur dengan carrot as introduction. Lepasni nak try a few recipes, antaranya - kentang+carrot+cheese, sweetpotato+green pea, broccoli+tomato+almond . Banyak recipe best2, antara page dia adalah dari BabyCenter, atau Instagram seperti IG drhaniey. Page2 ni banyak ajar buat makanan baby best2. Kalau google memang banyak lagi page resipi makanan baby yang best, cuma saya suka visit page yang reliable contohnya mcm doktor sendiri yang tulis atau nutritionist punya page. Hehe. Mcm doktor haniey ni, dia memang doktor dan dia banyak tips mcm mana nak bagi anak suka makan dan tips berguna lain dengan cara yang sgt fun. Siap recommend online shop yang jual organic baby pasta dgn corak unik semua. Memang syok.


Saya bila dah steam n blend puri, masuk dalam bekas kecik2 dan tandakan jenis puri dan tarikh buat atas container kecik tu untuk MIL. Container kecik2 tu SIL banyak bagi, memang bergunaa sangat. Kalau bubur pun sama. Lepasni berangan nak buat pasta untuk Amanda, haha tapi kena tunggu dua bulan lagi.

Amanda pun suka minum@main air masak ahaha. Dia suka buat bubble bila kita suapkan air masak guna sudu, hehehe noty girl tauu. Kiut jee. Now Amanda dah 7 months dah boleh ajar dia guna sippy cup. Sippy cup dah ada orang prezenkan. Syukurlah rezeki Amanda murah setakat ni, semua benda orang dah prezen. Mama baba topupkan je mana yang perlu.

My boss nak tolong belikan organic grains dekat PJ. Dia memang suggest sangat buat utk baby. Dia mcm ada 10 types of organic grains. Nak try bagi Amanda nanti dia ok tak. Dah buat nanti inshaAllah nak update resipi dan penerimaan Amanda :)