Monday, August 21, 2017

My life as a Working Mother

Assalamualaikum,


Sambil menulis untuk post ni di kala lunch hour, hati pun menjerit merindui anak. Haha apela mamanda ni kan? Tapi nak wat camne lagi2 harini Isnin, Monday Blues la citer dia. Monday blues more to rindu Amanda la tapi.

Life sebagai ibu bekerja ni Alhamdulillah ok setakat ni. Masa awal-awal lepas habis maternity leave tu, susah sikit hahaa. Masa tu tak biasa lagi pagi-pagi angkut baby kecik sorang2 masuk baby seat, naik kereta hantar Amanda pegi rumah mak mertua sebelum pegi kerja. Balik pun carry Amanda dalam seat kat kereta then kadang2 Amanda nangis dalam seat dia masa Mamanda tengah drive pastu mamanda pun gelabah hamster hahaa. Nak siapkan barang-barang Amanda, barang nak pam susu kat office, siapkan Amanda mandi pagi-pagi. Style kakak ipar dulu memang mandikan baby dia sebelum hantar kat mak mertua, so saya pun haruslah buat yang sama sebab taknak susahkan mak mertua. Pagi-pagi pilu-pilu kejutkan Amanda pkul 7.30 pagi untuk mandi. Hati bagai dirobek bila kena kejutkan Amanda pagi-pagi sebab ikutkan hati nak je kasi Amanda tido je sampai pukul berapa2 pun :B Haha tapi sekarang Alhamdulillah, mungkin sebab dah biasa jadi rutin, laju dah siapkan semua tu ;) Amanda pun senang je bangun pagi-pagi sendiri, mungkin sebab dah biasa ;)


Life as a wife pulak, memang berubah. Masa awal-awal dulu, memang keletihan ya amat bila kena jadi mother, wife and employee. Time bekerja mana ada masa nak rehat2 ayam, keje memang banyak manjang. Balik rumah mestilah nak layan anak sehabis mungkin, seharian kat office tak jumpa anak kot. Rindu dia Tuhan je yang tahu. Dengan perasaan bersalah lagi kat anak. Alhamdulillah mak mertua yang jaga Amanda so dia happy duduk dengan puan n odang :)

Maka nye, mamanda pun mula lah jadi attention seeker dgn baba nye, hahaha :p Attention and helping seeker :P hehehe. Kalau dulu ada banyak masa nak urut badan baba, sekarang masa tu kena pendekkan :P haha. Kalau dulu boleh buat kerja rumah sendiri je, sekarang memang perlu sangat2 bantuan. Syukurlah baba banyak jugak tolong. Dan sejak ada Amanda ni memang upah daily maid tu bulanan. Bukan apa, untuk buat kerja2 yang tak sempat nak buat mcm cuci kipas, sliding door, toilet (penting), cuci2 dapur. Then mamanda  bolehlah touch up mana perlu dan luangkan lebih masa utk baby Amanda n baba. Masa ni crucial utk kita spend time dengan anak, DAN suami. Ingat suami kita tak lonely ker bila kita asyik layan baby :3 Jadi, utk working mothers, kalau ada bajet ape kata ambik helper utk tolong hujung minggu ke. Rumah yang bersih sangat penting untuk keluarga harmoni dan sihat. Eceh. Hahaha. Bukan apa, mamanda kalau nak tinggalkan amanda lama2 utk buat keje sian dia, dia pun nak attention mama. Time ni la dia tengah belajar macam2. Kalau dia duk ngn baba bertahan berapa lama je pastu nangis nak mama. Kalau ada orang dah tolong cucikan bilik air, mamanda bolehla masak2 untuk family :))

Alhamdulillah sekarang Amanda nak masuk 9 bulan, dah berhenti ambik maid. Hari Ahad hari spring cleaning sedunia haha. Kalau memang tak sempat sangat nak buat, ambik je maid tu.

Generally, ni adalah rutin mamanda hari2 sebagai working mother:

ISNIN
- Pagi2 lepas solat subuh, gosokkan baju baba and baju sendiri pegi keje. Kenapa tak buat masa weekend? Kalau kes mamanda, tak sempat hehe :p siapa yang sempat tu lagi elok la gosok semua baju untuk seminggu kan :)

- Seeloknya buat breakfast untuk laki kalau sempat. Then baba pegi keje dulu. Mamanda sediakan barang2 Amanda nak bawak pergi rumah puan;

  • Stok baju tidur/baju ganti Amanda 
  • Stok susu (check availability stok susu n topup sebelum kehabisan kat rumah mak mertua)
  • Stok makanan Amanda untuk seminggu (dalam kes Amanda, homemade puree n bubur)
  • Mainan Amanda. Kadang-kadang tukar mainan dia. Takut dia boring nnti
  • Stok pampers. Sama cam stok susu kena rajin cek
  • Stok wipes, sabun, bedak etc
  • Kalau hari Ahad ada masak apa2, bekalkan sikit bawak pegi rumah mak mertua for them
-Sediakan baju n pampers Amanda untuk mandi satgi.

- Mamanda pun mandi n siapkan diri, selalunya siap2 pakai tudung baru kejut Amanda. Sambil tu isikan air dalam besen mandi Amanda.

-Kejut Amanda dgn hati yang hiba hahaa

-Mandikan Amanda, siapkan dia. Amanda pagi2 pakai minyak rambut, either minyak rambut baby atau minyak kelapa.

-Angkut semua barang, angkut Amanda sekali masuk kereta, drive off pegi rumah puan.

-Dulu nenen dulu before mamanda pegi keje. Now Amanda dah pandai main, dia sampai rumah puan terus nak main je hehehe :3

-Pegi keje

-Balik keje, dinner kat rumah mak mertua.

-Pukul 8pm baru pulang ke rumah sendiri. Angkut Amanda masuk kereta, drive off balik rumah.

-Mandi, solat. Masa ni Amanda kena duduk ngn baba. Mama n baba gilir2 amek turn.

-Kemas rumah sikit mana patut, cuci barang2 menyusu n apa2 yang patut. 

-Tengok TV jap. Kalau sempat. Kadang2 semua snacking, Amanda makan biskut baby, minum susu, mama n baba pun sambil2 tgok TV supper.

-Tidoq. Amanda malam2 mmg bf dan berkepit. So mamanda once dah naik katil dgn amanda utk tido, mmg tido sampai esok la jawabnya haha. Hence tu yang gosok baju pagi esok tu :P













Monday, July 3, 2017

Amanda's Solid Food

Assalamualaikum,

Sekarang ni, kami laki bini tengah obsessss dengan baby girl kitorang hahaa. Mak bapak mana tak obses kan? Ni pegi keje pun aduhai teringat2 kat dia. Kerja pulak dah siap semua. Kalau kerja banyak bolehlah distractkan diri, Duduk2 ni teringat kat Amanda jelah.

Amanda dah start makan solid food. Setakat ni solid food Amanda mmg saya buat sendiri, cuma raya haritu ada bagi dia try makan baby food Heinz dalam jar tu sbb busy tak sempat nak stock up lagipun makanan dalam baby jar tu boleh bawak mana2 pegi beraya tak perlu sejukkan selagi belum bukak.

First food Amanda adalah puri buah dan sayur. Kalau betul2 makanan pertama, buah betik. Yang mana Amanda reject habis2an hahaa. Memang baby masa mula-mula nak try solid food, diorang tak biasa lagi jadi dia reject. Cubaan kedua, kalau tak silap carrot. Itu pun lepas dua hari perkenalkan betik kat taste bud dia. Doktor pesan, satu jenis makanan introduce dalam dua tiga or even empat hari baru tukar. Carrot tu, Amanda dah start terima haha. Next kentang, Amanda suka dah! Dia makan banyak. Diikuti pear, apple, pisang, pumpkin, semua dia suka, lajuu je makan. Tapi Avocado, dah try dua tiga kali dia memang tak suka sampai sekarang, baby mama ni tekak tak mat salleh la kahkah :D

Masa Amanda lahir, my boss prezenkan baby food processor. Memang membantuuuuu sangat tau baby food processor nii. Tq boss hehee. Senang nak steam makanan, lepastu terus blend sampai jadi puri. Nak cuci pun senang. Mama punyela seronok buat puri Amanda sampai puan bila nampak mama bawak puri baru je, dia kata habiskan dulu apa yang ada kot, puri dah penuh peti :p kehkehh


Sekarang Amanda dah 7 bulan, dah boleh start variety of food. Mama try bagi cerelac, tapi Amanda punyela tak suka sampai setiap kali suap  nak muntah je hahaha. Makan biskut Milna pun mcm tu jugak, bila suap je nak jeluek kehkeh. Mama bagi homemade bubur, Amanda laju je pulak makan, so mama pun kembali buat homemade food je untuk Amanda. Memang since dalam perut Amanda tak suka makanan yang bukan homemade. Bila mama makan luar je, mama mulalah mual muntah-muntah. Mama buat bubur dengan satu jenis sayur dulu, macam bubur dengan carrot as introduction. Lepasni nak try a few recipes, antaranya - kentang+carrot+cheese, sweetpotato+green pea, broccoli+tomato+almond . Banyak recipe best2, antara page dia adalah dari BabyCenter, atau Instagram seperti IG drhaniey. Page2 ni banyak ajar buat makanan baby best2. Kalau google memang banyak lagi page resipi makanan baby yang best, cuma saya suka visit page yang reliable contohnya mcm doktor sendiri yang tulis atau nutritionist punya page. Hehe. Mcm doktor haniey ni, dia memang doktor dan dia banyak tips mcm mana nak bagi anak suka makan dan tips berguna lain dengan cara yang sgt fun. Siap recommend online shop yang jual organic baby pasta dgn corak unik semua. Memang syok.


Saya bila dah steam n blend puri, masuk dalam bekas kecik2 dan tandakan jenis puri dan tarikh buat atas container kecik tu untuk MIL. Container kecik2 tu SIL banyak bagi, memang bergunaa sangat. Kalau bubur pun sama. Lepasni berangan nak buat pasta untuk Amanda, haha tapi kena tunggu dua bulan lagi.

Amanda pun suka minum@main air masak ahaha. Dia suka buat bubble bila kita suapkan air masak guna sudu, hehehe noty girl tauu. Kiut jee. Now Amanda dah 7 months dah boleh ajar dia guna sippy cup. Sippy cup dah ada orang prezenkan. Syukurlah rezeki Amanda murah setakat ni, semua benda orang dah prezen. Mama baba topupkan je mana yang perlu.

My boss nak tolong belikan organic grains dekat PJ. Dia memang suggest sangat buat utk baby. Dia mcm ada 10 types of organic grains. Nak try bagi Amanda nanti dia ok tak. Dah buat nanti inshaAllah nak update resipi dan penerimaan Amanda :)














Friday, February 3, 2017

I am

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah,

22 November 2016, hari yang paling bahagia! Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby girl buah hati kekasih hati, Nur Amanda binti Fazrul Mas Fidzri 😍Baby saya seberat 2.8kg dan dilahirkan secara normal. Syukur ya Allah, now I am Mama Amanda a.k.a Mamanda! 😁 I am the happiest woman on earth and now obsesssss sangat dengan baby Amanda hahaha!


Dah lama tak update blog sebab sebenarnya masa pregnancy masuk 6 bulan, kitorang pindah dari rumah family in law ke rumah sendiri, nak build a new family kan hihi. Tapi rumah tu pun sebenarnya ayah mertua kasi, kebetulan penyewa tu buat rumah lain dan nak pindah. Terus ayah bagitau kitorang dan offer duk situ. Thankyou ayah, moga Allah murahkan rezeki ayah ! ;)


So dengan perut buyut, sebulan mengecat rumah dengan suami. Kadang-kadang weekend mama n ayah turun Puchong tolong cat ramai2. Memang meriah and seronokk tak rasa penat pun nak pindah rumah cuma busy jela sebab hari-hari balik keje je pegi rumah tu utk cuci2, suami betulkan mana yang tak elok macam kepala shower, soket2 etc dan cat. Siling pun cat ok, yela kan nak rumahku syurgaku haha. Alhamdulillah masa kandungan 7 bulan dah pindah masuk. Nanti nak story pasal pindah bila lapang, sebab macam-macam jugak jadii and many happy memories! Now tazabarr dah nak citer pasal beranak hahaa



Ok, sebelum beranak saya memang nekaddd sangat nak kerja sampai hari beranak sebab nak cuti dua bulan maternity leave tu full dengan baby! Lagipun masa mengandung Alhamdulillah takde rasa macam penat sangat so memang nekad keje je sampai bersalin, siap bagitau boss lagi, "I nak kerja sampai beranak. Kalau I nak terberanak you hantarkan kat Hospital boleh?" Kahkah Boss cakap boleh no prob tapi dia suspen sikit hahaha. Dia siap mintak details hospital nak beranak tu and save siap-siap. Masa tu dah confirm nak bersalin dekat Hospital Islam Az Zahra, Bandar Baru Bangi. Kenapa Hospital Az Zahra? Sebab hospital tu semua perempuan yang handle dari doktor, nurse, sampaila tukang cuci. Bidan pun ada sementara nak tunggu masuk labour room. Dan dia dengarkan bacaan Al-Quran masa nak tunggu bersalin. Dah checkup kat situ dari baby 7 bulan. Kena checkup at least dua kali sebelum bersalin. Chekup dengan Doktor Fazlina Hanum. Doktor tu baik n cergas. Nurse pun setakat pergi checkup memang baik je.


Masa mengandung, ada beberapa kali dapat Braxton Hicks Contraction (BHC). BHC ni macam mild contraction, yang mana nak ajar kita adapt dengan contraction sebenar. Rasa dia mcm contraction tapi tak sekuat contraction sebenar. Ala-ala macam senggugut atau sakit perut nak cirit birit haha. Pernah sekali masa kandungan tujuh bulan, kena false contraction. Alkisah yang sebenarnya, saya and husband masa tu second antenatal checkup dekat Az Zahra. First time pegi antenatal checkup Az Zahra, mama teman dengan the whole family (anak manja biasela kahkah) masa tu husband kerja. So second visit ni dia ambil cuti.


Masa doktor check, Alhamdulillah semua ok. Lepastu dia suruh baring atas tempat scan. Dia pun check2 perut sebelum scan. Tiba-tiba dia cakap, "eh awak dah ada contraction ni. Cuba rasa ni, kalau perut mengeras macam ni maksudnya contraction. Ok sekarang awk rasa, dah lembut. Kalau awak rasa contraction macam ni selang 3 minit atau kurang dari 10 minit sekali, pegi hospital ye. Takut baby nak keluar awal ke."


Saya pun anggukla, sebab memang ada banyak kes premature birth. Baru borak dengan member, sedara dia baru je lahirkan anak premature birth. Yang cuak siapa tau, husband I la! hahaha. Alhamdulillah doktor check jumlah air ketuban saya ideal, cuma baby macam kecik sikit, ikut genetik laaa kan hahaha.


Balik tu dalam kereta husband dok pegang perut nak rasa yang 'mengeras' tu. Lepastu, dia tukang check setiap minit! Hahaa. Dia cakap set la masa. Saya pulak to be honest, tak dapat nak bezakan 'mengeras contraction' tu dengan sakit pinggang biasa mengandung hahaa. So saya cakap dengan husband, tak reti laa nak tau contraction tu. Dia pun pegang perut pastu cakap ha ni tengah keras ni tak rasa ke? Tak :p hahaha serious tak rasa beza pape punn. So husband yang risau and pegang je perut sepanjang hari hehe.


Sebelum ni masa preggy biasa dah sakit perut n BHC. Tapi malam tu comel je husband pegang jee perut n timing bila contraction. Dia risau saya tak reti pastu terberanak hahaa. Lepastu saya pulak tiba-tiba macam sakit perut, pastu pulak husband timing mengeras tu bawah 10 minit sekali. Saya sakit perut tu sakit gastrik kott tapi sebab husband risau, ktrg decide utk pegi check klinik esok nya.



So esoknya husband ambil EL and saya inform boss nak pegi checkup kejap je dekat klinik before masuk kerja. Boss cakap ok, kitorang pegi Klinik Nadi Iman yang dekat dgn rumah. Situ klinik utk kanak-kanak, wanita mengandung dan sakit lain. Masa check tu doktor perempuan muda, dia pun suruh baring n check perut. Dia bagitau baby dah kat bawah dah, then bagitau "baby kat bawah betul dah ni. Kalau betul rasa mengeras bawah 10 minit sekali, awak kena pegi hospital ni. Ni tanda premature birth, kalau baby kluar awal kena masuk incubator ni. Saya akan buat surat refer hospital, tapi kena pegi hospital kerajaan. Terus pegi bahagian emergency." Bila kitorang dengar tu memang cuak gila la kan ahaha. Saya inform boss. Bos pun terkezut beruk and dia pulak risau ahaha. 


Kitorang decide pegi Hospital Putrajaya. Kitorang taknak inform parents dulu sebab takut diorang risau. Nak dengar doktor kata apa dulu. Sampai je kecemasan Hospital Putrajaya, dia suruh pegi bahagian bersalin. Lepas daftar tu, saya pun masuk wad sekejap. Bila kena pakai baju pink tu memang risau gila ingat nak bersalin dah kikiki. Doktor pun check bukaan, first time check slalu dengar je orang cerita. Masa tu tak sakit sangat. Doktor kata takde bukaan. Lepastu check graf. Sejam lebih jugak. Then doktor kata berdasarkan graf, takde contraction. Nurse yang pegang perut selama sejam lebih tu pun kata xde, haha. So memang salah la ktrg rasa tu, maybe sakit perut gastrik je kihkih. Yang mengeras tu maybe baby gerak kot. Syukur tak premature, Alhamdulillah.


Balik semula kat cerita bersalin sebenar kikiki. Masa pregnancy dah masuk 9 bulan, dah rasa semua simptom hampir bersalin. Simptom2 ni saya baca kat google. Antara simptom dia :

1- Selalu cirit-birit. Ni disebabkan bowel system kita dah makin melonggar sebagai persediaan nak keluarkan baby nanti. So, usus kita akan dalam keadaan relax dan proses najis dalam bentuk cirit-birit hihi. 


2- Sakit tulang belakang, pelvis dan bahagian bawah anggota badan. Pelvis kita akan semakin mengembang utk persediaan laluan baby keluar. Rasa sengal2 je bahagian situ masa hampir tempoh bersalin dulu.


3- Perut 'jatuh'. Ini orang sekeliling yang bgtau saya, especially mommies yang dah banyak kali beranak hahaa. Nampak saya je cakap 'eh perut dah jatuhh dah nak beranak dah ni'. Also doktor check semua kata baby dah kat bawah sangat dah. Result dia, memang slalu nak kencingg je. Baru kencing, dah rasa nak melawat tandas lagi. Rasa nak pakai pampers je :P


4- Joints longgar. Memang terasa joints esp kat pelvis and lutut, mcm longgar semacam. Ni sebab hormon relaxin dilepaskan dan mengakibatkan joints longgar.


Sehari sebelum bersalin, masa kat office, tiba-tiba terasa pinggang, tulang belakang dan kaki rasa sengal semacam. Lepastu berjalan2 sikit la sambil pegang pinggang. Tapi takde rasa sakit sangat pun cuma rasa sengal dia lebih sikit dari biasa. Masa tu petang pukul 3.30pm mcm tu. Boss tanya, "eh awak ok tak ni?" Saya cakap ok je rasa sakit pinggang je, harini lebih sikit. "Awak dah nak beranak dah ke?" Dia soal muka cam nak panik je hahaa. Saya cakap "kalau I rasa nak beranak you hantarkan la haha" sambil gelak2 :P Dia pun cakap ok ok sambil keluarkan kunci kereta letak atas meja takut tak sempat haha. Masa tu hati saya memang kuat kata ni contraction sebenar nak start ni, nak beranak dah ni. Tapi mood masa tu, serious rasa relaxxx je. Tak rasa neves langsung hehe. 

Balik kerja tu (tak beranak kat tempat keje macam drama k, haha) dengan mood yang sangat relax, redah jem macam biasa. KL, memang jem laaa. Keje kat Petaling Jaya, rumah kat Bandar Kinrara, bayangkan jelaa jem kat LDP tu mcamana. Tapi honestly masa tu rasa relax je siap senyum2 bawak kereta sebab macam tak sabar nak jumpa baby dah! kikiki


Sebelum sampai rumah, sempat singgah restoran Thai untuk tapau makanan sebab rasa mcm malas nak masak, memang hati kata nak beranak dahh. Beli banyak makanan konon nak makan banyak sebagai persediaan nak push kahkahh

Balik tu, sebelum masuk rumah turun naik tangga, konon nak senangkan proses beranak :P turun naik 4 tingkat tak tipu ok kahkah.

Masuk rumah, tengok husband dah ada kat rumah tengah tengok tv. Saya cakap dgn husband, abang rasanya dah nak beranak kot sebab sakit pinggang lebih sikit harini. Cakap tu sambil gelak-gelak. Husband terkebil-kebil, mula-mula dia tak caya sangat sebab dah pernah false contraction, and banyak kali Braxton Hicks jugak. Lagipun awal dua minggu sebelum due date. Dia pun cakap "yeke? makan dulu. Mana tau sakit perut lapar ke." Ceh, hahaa. Dia tengok makanan banyak gilaa, dia cakap mak ai banyaknyaa lapar ke? Saya cakapla preparation nak push nnti, kena la banyak tenaga :P dia kata ke takut masa pantang nnti takleh makan macam-macam :P then dia tanya lagi, serious ke nak beranak dah? Dia tak caya. Then dia sambung tengok tv je macam biasa.


Malam tu, memang tak dapat tido sebab terasa contraction. Contraction masa tu tak sakit sangat, tapi tak tido sebab nak timing contraction tu guna apps. Takutla kan tak pernah ada experience kang tau2 terberanak ahaha. Siap mesej mama, kalau nak bersalin dah, rasa apa? Mama cakap sakit contraction kuat dan turun darah. Tapi tak bagitau mama pasal contraction tu. 


Pagi tu pukul 5 sebelum subuh, contraction 10 minit sekali. Disebabkan banyak baca blog yang suruh banyak jalan, naik tangga, ketuk ketampi dan jalan itik, saya pun sakan la ketuk ketampi, jalan itik bagai :P Haha. Lepastu rasa nak terkencing, pegila tandas. Tiba-tiba, jeng jeng jeng..

Darah dah turun!

Wah dengan muka excited gila (yang ni kelakar) kejut husband dengan senyuman super lebar sambil kata "Abang! Darah dah turun nak beranak dah niii!" muka excited gila hahaha. Husband tengah sedap tido bangun terkebil2 "Hah yeke konfirm ke" ceh konfirm ke, saya pun tunjuklaa kat husband. Gelabah gilaa dia cari seluar (walaupun seluar emergency dah ready) tanya buku pink dan barang2 semua ada dah. Alhamdulillah semua dah ready since 7 bulan pregnant. Then dia suruh mandi dan solat dulu, since dah masuk subuh. Kitorang habis solat terus pecut pegi Bangi.

Masa dalam kereta dia tengok saya senyum2 gelak2 dia cakap "betul ke nak beranak ni muka happy je, dalam cerita semua muka takut, tahan sakit, nangis la". Dah tu nak nangis ke baru sah nak beranak 😂

Sampai hospital, terus naik wad. Doktor dah pesan naik terus tingkat dua kalau dah nak beranak. Nurse check bukaan baru 2cm, dia bagi choice nak admit wad atau balik. Dia jangka beranak malam. Saya pilih nak balik hahaa. Masa ni belum bagitau sesiapa nak bersalin dah.

Balik hospital tu, kitorang pegi Giant shopping makanan pantang 😂 sambil tu timing contraction hahaa. Siap pegi Pizza Hut tapau pizza kikiki.

Balik rumah saya dgn husband kemas rumah nak menyambut orang baru kan :D Saya sakan vacuum rumah, kemas bilik baby, pasang cadar baby. Sebelum tu dah makan nasi ayam penyet kat Giant, tapi makan sikit je takde selera sebab dalam kepala ada 1001 benda tengah fikir hehe.


Masa tengah pasang langsir bilik baby, masa tu dah start rasa contraction bertambah kuat. Sambil pasang dengan suami, sambil picit pinggang. Lepastu cakap dgn suami, abang jomla pegi hospital. Masa tu pukul 4pm lebih.

Suami pun macam panik kata ok ok jomm. Dalam kereta suami bawak kereta laju gilaa. Sambil tu dia tanya ok tak ok tak? Saya cakap ok lagi tapi dah start sakit kuat.


Sampai hospital, husband register wad. Bilik dua orang. Kena tunggu dulu sebab bilik penuh, kena tunggu patient keluar sekejap. Masa tu dah rasa contraction kuat. Duk bawak berjalan tapi tahan2 sakit. Ajak husband pergi kereta ambik barang. 


Dalam kereta duk merengkot2 tahan sakit huhuu. Suami dah cuak, dia suruh makan pizza sebab tadi makan lunch sikit je. Suami kata kena ada tenaga sbb macam dah nak beranak ni. Saya makan pizza tu dapat jamah sikit je sbb dok tahan sakit contraction.

Dalam pukul 5.30pm kitorang naik wad, dia suruh pg tingkat 3. Bilik dah kosong. Masuk je bilik terus saya baring atas katil, tahan2 sakit. Masa tu memang sakit gila haha. Mintak suami picitkan belakang, syukur kat situ suami boleh ada dengan isteri 24 jam. Syukur sangatt, sebab percayalah, masa nak bersalin ni kalau suami ada kat sisi kita, kita lagi kuat huhu.


Suami suruh saya solat asar dulu. Lepas solat asar, contraction bertambah2 kuat sampai saya guling2 atas katil sambil baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun. Sambil tu tarik2 rambut hahaa sakit woo :P Suami cemas, dia cakap dengan baby, "Banban, takmau bagi mama sakit tau.. sian mama.. banban jom keluar, mama lama dah sakit tu. Banban be a good girl k" Masa ni sempat lagi rasa terharu suami cakap gitu :') Nurse datang kasi ubat buang air besar supaya tak melepas masa bersalin  haha. Nurse cucuk je ubat tu dalam punggung, terus pegi bilik air :P


Nurse datang silih ganti nak check tekanan darah dan kekuatan contraction guna graf. Semua nurse terkejut tengok contraction 99% sejak petang lagi sebenarnya and masa 7.30pm tu dah selang dua minit sekali. Gila penat dah tahan sakit. Suami dah cuak tanya nurse, bila nak beranak ni? Isteri saya dah lama tahan sakit. Nurse cakap kena tunggu bidan dulu pukul 8pm. Setengah jam tu rasa lamaa sangat and husband pun dok tanya tak tunggu bidan takleh ke sebab dia kesian sangat saya dok tahan sakit yg 99% tu lama sangat. Nurse2 pun muka cuak kata kena tunggu jugak. Ramaila nurse melawat bilik saya masa tu hahaa diorang pun dah cuak sebab saya dok kata nak terberakk nii dorang takut saya terberanak sebab beranak rasa dia mcm nak buang air besar. So diorang takut yang saya kata nak berak tu sebenarnya nak beranak dahh.



Pukul 8pm, bidan pun sampai. Dia check contraction dekat CTG graph and pegang perut, dia terkejut dah dua minit sekali. Dia pun check bukaan, (check bukaan sakit ok, siapa yg ckp tak sakit sebelum saya bersalin tu meh siniii tipu saya ekk hahaha) Bidan check dah 5cm and arahkan masuk labour room. Yayyy haha masa tu rasa yes finally, I just want this pain to be over. Honestly saya tak pernah takut or nervous nak beranak, so masa dia tolak tu saya sebenarnya rasa happy gila haha. Suami rasa legaa and nervouss. 


Nurse tolak guna wheelchair. Masuk je LR, dengar bacaan Al-Quran berkumandang. Alhamdulillah, hati rasa sedap je. Tapi still tahan sakit ni. Tapii bila dah kat LR, contraction makin menjadi2. Masa dah atas katil, duk guling2 lagi tahan sakit. 

Tak lama tu, doktor datang dan check bukaan. Tiba-tiba doktor kata, "eh ni baru 3cm ni" saya macam seriouslaaa tadi kata 5cm 😂 doktor suruh induce, lepastu doktor keluar. Bidan pun datang kat saya duk pujuk tahan sikit ye, baru 3cm rupanya maybe jari saya besar check tadi. Bidan tu baikkkk gila. Rasa tenang sikit bila dipujuk2. Suami pun tak putus urut and tenangkan. Thankyou lovely people.

Tapi tak semua lovely hahaaa. Masa bidan keluar, nurse ambik alih. Masa tu saya dah taktahan sakit. Ada 4 orang nurse. Bila ada sorang nurse tu nak seluk check bukaan, saya cakap taknak, tak tahan sakit. Lepastu ada sorang nurse tu marah saya, tak ingat mcamne, tapi dia tinggi suara and bentak, then kawan nurse dia jeling dia tajam and buat isyarat suruh dia keluar. Haha sempat lagi ada dramaa :P Lepastu masa nurse tengah prepare barang2 nak pecahkan ketuban, saya tiba-tiba mintak epidural! Ahaha sejujurnya masa tu saya sebenarnya terfikir nak mintak epidural sebab takut tak reti nak push baby dalam keadaan macam tu, dan mengakibatkan terpaksa ceasar atau vacuum. Serious paling takut kena ceaser atau vacuum. Nurse tanya, awak betul nak epidural? Husband tanya, 'sayang confirm nak epidural?' Saya terus 'iyaa nakk' then semua pun pegi prepare epidural. Masa diorang prepare epidural tu, tiba-tiba bertukar fikiran, 'abang taknakla' then husband panggil nurse cakap takjadi. Nurse cakap barang dah bukak, terpaksa teruskan epidural. Saya pun 'yela yela bagi je epidural' haha maafla masa tu tak fikir apa dah :P

Lepas sign agreement, diorang suruh tunggu pakar bius datang. Lepas 5 minit saya tanya husband 'mana doktor bius niiii' ahaha :P nurse cakap maaf2 dia odw dah.

Pakar bius datang n dia baik gila. Dia suruh tahan contraction jangan gerak masa dia bius takut salah bius. Dia ada explain ape tah masa tu suara dia dah macam hujung terowong, tengah fikir sakit contraction je tak dengar apa dahh. Lepas dia inject, nurse pecahkan ketuban. Lepas 10 minit mcm tu dah tak rasa langsung dah sakit contraction. Siap senyum2 lagi. Husband pun legaa je tengok, dia gelak kata 'dah senyum nampak' :P

Lupa nak habaq, masa yang dia inform dah kena pegi LR tu, husband call mama dan mak mertua bagitau zati dah nak beranak. So lepas kena cucuk epidural tu, husband bgtau family saya dah sampai :D alala happy and terharu je rasa haha. Nurse suruh saya rehat sementara bukaan 10cm, so masa tu husband ajak mama masuk. 

Masa nampak je muka mama, ya Allah rasa happy sangat. Sengih2, mentang dah kena cucuk epidural hehehe kalau tak tu guling2 jela. Mama pun tanya everything ok? Saya siap senyum2 lagi cakap dgn mama ok ma, tengah tnggu nak 10cm then start la push baby keluar. Mama peluk and nampak mama nangis. Touching sangat, love u ma! Lepastu tiba2 rasa macam nak terberanak! Cakap ngn mama sengih2, ma rasanye mcm nak beranak dah ni. Mama pun ok ok mama keluar dulu, panggil doktor cepat.

Alhamdulillah, tak sampai 10 minit push, Amanda keluar ke dunia. Syukur Amanda sihat, tak ada kuning. Berat Amanda 2.8kg. Masa doktor jahit tu, pandang Amanda. N amanda pandang saya tepat! Allah sahaja yang tahu betapa happy dan bersyukur nya saya. Thank you Allah for this amazing journey and amazing gift. Amanda amanah mama dan baba. InshaAllah mama dan baba akan berusaha untuk mendidik Amanda agar sentiasa menuju jalan Allah.


Saya discharge keesokan hari, lepas Asar. Kesimpulannya, beranak memangla sakit, tapiiii besttt. Jujur ikhlas dari hati haha. Dan sejujurnya dah lupa pun sakit dia tu camne hahaa. Apalah sangat sakit beranak yang, untuk kes saya, tak sampai sehari pun dibandingkan dengan anugerah yang Allah beri untuk kami suami isteri. Dahla sakit beranak tu kifarah dosa. Allah bersihkan dosa-dosa kecil ibu semasa bersalin. Memang ikutkan, malu la nak sebut beranak tu pengorbanan. Sebab, kita nak hadiah kan? Kena usaha la sikit. Dapat pulak hadiah yang sangat besar, sedangkan usahanya sikit saja. Terima kasih Allah yang Maha Pemurah :) 

Cuma nye, suami jela yang kena sayang bini lebih kot. Hahahaha. Bagi saya beranak ni bukan namanya pengorbanan seorang ibu sebab kita yang minta zuriat, dan syukur Allah beri zuriat pada kita. Sepanjang anak besar tu kita jaga dia sebab, itu memang tanggungjawab kita namanya. Anak ada hak dia untuk dijaga dengan sebaik mungkin sebab bukan dia yang minta lahir ke dunia. Saya cuma setuju kepada statement pengorbanan seorang isteri, sebab suami isteri yang sama-sama minta zuriat dari Allah ^^ Haha ok la dah terover pulak ni, kalau rajin saya sambung post next entryy ;)














Thursday, May 19, 2016

My Pregnancy - Antenatal Checkup and First Heartbeat Scan



Assalamualaikum,

Today I'm gonna write about my pregnancy antenatal checkup. Sebelum tu nak update sikit, Sugarbun sekarang hari-hari nak makan buah. Makan buah, minum jus buah. Ended up harini perut mama dia 'dicuci' hihi. Perut tak berapa nak sihat harini asyik pegi toilet, tapi petang ni dah ok dah Alhamdulillah, dan pening selama 3 hari terus gets better. Mungkin badan banyak toksik kot sebab tu pening. Tq my baby sugarbun, sebab mengidam makan buah mama now feel healthier. Kalau harapkan mama makan buah, mana pernah selama ni rajin makan buah :B 


Now back to antenatal check up. Mula-mula memang dah set nak buat check-up kat Klinik Kesihatan Kerajaan. Sebab katanya fasiliti kerajaan lengkap, katanya sekarang servis dah ok. Mak mertua mula-mula macam sure ke nak buat kat kerajaan, pastu cakap aah. Lagipun free je hehe. 

Bila tiba masa nak bukak buku pink, pergi la Klinik Kesihatan Puchong Batu 14. Masa tu dalam week 10 pregnancy. Saya ambil cuti dan datang dengan husband time husband cuti sebab Klinik Kerajaan kena datang weekdays kan so kena la ambil cuti. Datang pukul 7.45 pagi, tapi sebab ramai sangat orang pukul 1 lebih tengahari baru settle. Penat? Jangan cakapla. Memang penat + kebulur dah haha, since tak makan sejak pagi sebab nak ambil darah. Lagi2 klinik tu kecik, bila klinik kecik dan ramai orang, sesak sangatt, pening dah masa tunggu tu haha. Lagipun dia tak scan denyutan jantung baby. Itu lah first dan last antenatal checkup kat Klinik Kerajaan haha. Saya tak pernah scan denyutan jantung baby lagi dan nak tahu sangat dah ada ke belum? Senang nak buat precaution kan.

So 2 minggu kemudian, pegi Klinik An Nisa di Putra Perdana, tempat first time scan baby dulu. Sebelum tu check website dia and call, tanya klinik tu ada buat antenatal checkup tak. Dia cakap ada, and kalau nak doktor perempuan kena datang lepas Maghrib. Haa lagi la saya suka sebab tak perlu ambil cuti.

Malam tu me and my husband pegi Klinik tu. Tak tunggu lama pun dia dah panggil. Saya pun tunjuk buku pink dan cakap nak buat checkup kat sini. Dia kata boleh, dan suggest datang weekend sebab takut checkup lama dan dapat doktor perempuan. Lepas check tekanan darah, dia tulis low. Masa checkup di Klinik Kesihatan Puchong pun dia kata HB low. Dia suruh datang buat glucose test nanti. 

Then tiba masa ditunggu, check denyutan jantung baby. Last sekali tgok baby kat scan masa tu baru ada kantung. Excited sangat masa dia dah suruh baring. Lepas dia dah key in semua details, dia start scan.

SubahanAllah, I saw my baby for the first timee!! Terus rasa bergenang air mata. There is a tiny living person in my tummyy!! SubhanAllah.. Mama happpyy sangat masa tengok denyutan jantung Sugarbun yang dah laju, kaki and tangan Sugarbun mama pun gerak gerak lajuu angat. Aktif ye awak dah pukul 9 malam :') Doktor pun senyum besar tengok, dia mcm tahan gelak kiki. Then dia kata 'meh saya besarkan view, nampak tak kaki dan tangan dia dah gerak laju. Cara ukur panjang baby pula dari hujung kepala ke hujung punggung dia'. Mama tekun sangat tengok Sugarbun sambil tahan taknak nangis, kan mama suka bajeet macho, hahaha :P Oh ye masa ni baba tak dapat tengok Sugarbun, sebab masa sampai klinik dia belikan mama air, skali dia pergi je doktor dah panggil mama masuk dalam bilik doktor. Cian baba.. 


Then doktor print gambar scan dan pesan yang dia akan start bagi Obimin dah. Kena makan setiap hari lepas makan, sama macam asid folik cuma sekarang dah tak perlu consume asid folik. Saya keluar je bilik nampak husband. Cian husband tak dpt tengok. Saya baru nak cerita kat husband, nama dah kena panggil ambik ubat. Then terus balik dan masuk je kereta terus nangisss cakap kat husband 'jantung Sugarbun dah berdenyut laju, kaki and tangan dia pun dah gerak laju sangat'. Ya Allah masa ni husband sedih sangat, sian dia tak dpat tengok. Sayu sangat muka dia n cakap banyak kali 'sedih sangat tak dapat tengok'. Then husband tengok gambar scan dan terus tersenyum sambil panggil Sugarbun dengan nada sayu. Sedih tau saya tengok husband, sorry husband... inshaAllah next time scan nanti husband akan ada.


Sekarang saya memang tak sabar nak tunggu next scan. My friend dah scan jantina, so happy for her! Dah jadi gian tauu nak scan tapi xdela pegi scan pun hihi. Rindu sangat nak tengok baby ni, eventhough dalam perut je. Rindu nak tengok dalam machine scan dia gerak. Huhu macam ni perasaan dia jadi mama rupanya. InshaAllah, semoga semua dipermudahkan sepanjang mengandung dan bersalin nanti ;)


Nah belanja gambar my baby at week 13 <3


My Darling Sugarbun's first Heartbeat Scan <3 Comey angat badan bulat, tangan kaki ke atas, addicted tengok gambar scan ni hihhii. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita InshaAllah :)














Tuesday, May 17, 2016

My Pregnancy - Mengidam

Assalamualaikum,

Entry kali ni nak cerita sikit pasal mengidam. Sebelum tu nak bagitau, baby dalam kandungan ni dah ada nickname tau. Her nickname is... Sugarbun. Hihi nickname ni puan Rembau yang bagi, since the first time dia dapat berita her daughter is pregnant. Terus lekat nama Sugarbun ni, cute nickname puan bagi ni ;)


So sejak mengandungkan my banban, saya start mengidam since bulan kedua. Awal kan kikiki. Mula-mula tekak nakkkkk sangat makan daging lembu/ayam.. Nak steak ke, chicken chop ke, lauk daging makan dengan nasi ke. Apa-apa la asalkan daging. Kalau tak dapat memang mengigau malam. Hahaha. Takdela, just kalau tak dapat tu terbayanggg je. Siap nak mihun sup daging. Suamiku yang tersayang sabar n rajin layankan kihkih. Bila dah dapat daging seminggu, terus dah taknak langsung daging :P pandang daging or sebut daging pun nak muntah haha teroks betul.


Then start nak ikannnn je. Semua lauk nak ikan, fish n chips, ikan bakar.. Sampai ngidam sangat nak makan gulai ikan dengan mangga + lauk bayam, ceh siap complete meal ngidam hihi. Message mama kat Rembau pasal ngidam tu. Hujung minggu tu balik Rembau.. Tadaaa! Mama ku yang tersayang kasi surprise bawah tudung saji.. mama buat lauk gulai ikan mangga muda dengan bayam, terasaaa nikmattt sangat tauuu. I lebiu so much mama <3 ayah gelak je tengok perangai. Ayah kata nape tak beli? Sanggup tahan seminggu. Saya bagitau ayah saya alah MSG sejak mengandung. Kedai2 kebanyakannya confirm ada MSG. Nak masak sendiri tak jumpa2 mangga muda kat KL. Ayah gelak je, pastu suruh makan banyak2. Suami geleng kepala je ;p


Lepas lauk ikan, nak laksa. Pagi tu pesan kat mak mentua takyah masak, Zati beli laksa balik kerja kang sebab mengidam. Mak mentua gelak cakap ok. Tiba-tiba dah nak balik kerja tu suami tak kasi makan laksa sebab dia dah buat kajian terperinci pasal laksa kat google, yang mengatakan wanita pregnant first trimester tak boleh makan laksa. Aduhhh kecewaa sangat rasa, laksa dah kat tekak dah. Balik tu mengadu kat mak mentua. Mak cakap eh boleh je makan laksa masa mengandung siapa cakap tak boleh. Saya cakap Alol cakap :P Mak cakap kat husband bolehh je banyak pulak kau punya pantang Alol. Hahaha sorryyy husband, husband sengih cakap boleh ekk. So dia bawak pegi pasar malam. Husband cakap untunglaaa mengadu kat mak :P hihihihi. Dapat je laksa, hmmm nikmaatttt :B


Lepas laksa, hari-hari mengidam benda lain. Nak roti kaya bun la, nak carbonara la, nak itu la ini la, terokss kann. Tapi pergi beli sendiri je tau masa kerja or masak sendiri je. Inilah kelebihan boleh berdikari, nak apa-apa cari sendiri hihi. Ada satu time tu mengidam nasi tomato sangat, Google nasi tomato area Petaling Jaya. Beriya ikut waze masa lunchtime, waze bawak pegi macam sederet restoran kat Sunway. Gigih tu pegi Sunway. Sekaliii dalam banyak2 restoran tak de pun orang jual nasi tomato. Sedih tau datang jauh2 takde, google tipu :( Last2 beli nasi ayam since dah lambat n lapar. Then nak balik lalu kat longkang sebelah kedai hujung skali (bukan kedai nasi ayam tu). MashaAllah longkang dia busuk, dan seperti yg diberitahu dalam entry sebelum ni, saya alah betul benda bau busuk masa pregnant ni. Terus nak muntahhh sangat tapi since ramai orang tengah makan menangis tahan muntah kahkah, lari pegi kereta. Terus muntah dalam plastik dalam kereta, Rasa memang give up taknak makan nasi ayam tu haha :P

Balik tu cerita kat husband. Husband banyak kali cakap ala kesiannya then esok dia surprise belikan nasi tomato beli kat pasar malam hihi. Thanks husband, I lebiu so much walaupun lepas makan  nasi tomato tu saya muntah balik kemungkinan sebab ada MSG hehee. Cerita pasal nasi tomato sampai ke pengetahuan mama Rembau. Balik Rembau sekali lagi disurprisekan oleh nasi tomato homemade mama. I lebiu all my lovely people, rasa mcm spoilt brat sangat kahkah. Alhamdulillah, lepas tu dah takde nak nasi tomato lagi dah haha :P


Ngidam saya ni dia datang tiba-tiba mcm kalau baru plan nak pegi Mall dah rasa nak sangat Auntie Anne's Almond Caramel Pretzel tu. Suami kata amboi dah plan dah haha. Bila dapat je senyum lebar. Suami gelak je. Mama cakap mengidam ni sebenarnya sebab selera kita masa mengandung ni tak tentu arah. So masa ni kita tak tentu arah nak apa. Makanya datangnya mengidam ni sebab kita pujuk perut kita makan. Memang betul pun kot, biasanya saya just dapat habiskan makanan yang mengidam je sbb makanan lain masa tu tak selera langsung nak  makan. I said sorry to mama kalau ada termintak macam-macam hehe. Mama cakap alah nak sorry apa, mama dah pernah rasa, lagipun its for my cucu. Aloo touching kita tau :') #spoiltbratalert


Pernah mengidam nak roti bantal, so malam tu buat roti bantal dengan husband. Pagi tu canai and goreng masa breakfast, cicah sambal sardin homemade. Kak ipar kata rajinnya buat roti bantal pagi-pagi, Dah mengidam nak buat camne hehhe..


Sekarang ada sikit-sikit mengidam lagi. Sampai sekarang suka makan ikan je, dan buah tembikai. Sayur Alhamdulillah semua ok. Takde yang tak suka. Buah tak suka yang masam. Suka makan roti, rendang n lemang padahal before pregnant takdela suka roti sangat. Suka makanan homemade je, makanan luar susah betul nak telan. Kalau dapat telan pun konfirm muntah balik. So apa-apa homemade memang selera setakat ni. Kesimpulannya rasanya baby ni banyak ikut selera makan baba dia. Mama dia b4 pregnant makan semua ok, tolak batu dan kayu je tauu, semua telan kikiki. Its ok baby, elok la tu tak suka makan luar. Mama doakan Sugarbun dipelihara oleh Allah, sebab makanan tu akan jadi darah daging Sugarbun nanti. Love u Sugarbun sayang, and loving all the nice people around me. I feel blessed, thank you Allah  <3

From,

The spoilt brat daughter and wife xoxo







Monday, May 16, 2016

My Pregnancy - Alahan, Cabaran

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pulak perjalanan mengandung saya. 

First month mengandung, takde rasa apa-apa langsung. Takde rasa nak muntah, takde rasa pening ke mual ke, selera pun ok je kemain bertambah selera ada laa haha. Siap cakap ngan mak mentua, "mak takde rasa pape pun" cess belagak uols haha. Actually bukan belagak tapi masa tu mula-mula risau jugak sbb kononnya dalam blog kata mual dan loya tu bagus sebab menandakan yang hormon progesteron banyak, cukup untuk support keperluan baby.

Masuk week 6 a.k.a bulan kedua, haaa ambik laa masa ni dah start pening, mual, loya, muntah, semua laaa. First time rasa masa odw balik dari kampung kat Rembau. Masa dalam kereta tiba-tiba pening yang amatt macam migrain. Masa tu tengah whatsapp mama. Terus berenti whatsapp and bgtau husband pening sangat tapi sempat joking kata migrain sbb tgok phone dalam kereta and tak ngaku lagi tu morning sickness. Husband kata tu nak start dah tu morning sickness, saya just gelak and baring je. Masa ni tiba-tiba mual gila. Sepanjang perjalanan tak dapat nak tido tahan sakit.

Balik puchong, terus baring. Esoknya pegi kerja macam tu jugak tiba-tiba pening, mual. Masa kat tempat kerja pun rasa macam tak sedap badan je. Maka start la tiap-tiap pagi rasa gitu. Muntah tu mula-mula macam selang sehari, tapi muntah tak teruk sangat. Makan still selera. Saya tinggal dengan family in law. Mak mentua and kak ipar taktau saya muntah loya semua sbb saya depan orang bajet macho je haha. Satu malam ni saya pening sangat, tak larat turun makan. Mak mentua tanya husband, Zati mana, dia jawab Zati pening. Masa tengah buat breakfast satu hari, asyik jatuhkan barang2 sebab pening angat. Mak mentua tanya zati pening ke, saya sengih je aah laaa makk pening dah start dia gelak haa haritu nak sangat kikiki. That day terus ambik MC tak larat ko jahh oii.


Alhamdulillah pening loya mual  muntah tu semua still boleh kawal lagi, so depan orang memang bajet macho habis. Nenek pun cakap Zati mengandung steady je. Mak mentua pun cakap dengan mak2 sedara lain Zati mengandung ok je tak teruk.Cuma husband je yang tau di sebalik semua bajet macho tu kahkahkah thankyouuu husband layan kerenah iols kikiki.


Actually kitorang dah book flight dan hotel pegi Langkawi sejak sebelum kahwin, kononnya second honeymoon. Tarikh tu jatuh pulak masa minggu ketujuh mengandung. Masa tu kak ipar yang duduk Terengganu balik Puchong dengan abang ipar. Semua tanya, jadi ke pegi Langkawi? Sebab kebetulan ada sepupu suami mengandung dua bulan jugak, gugur masa di Langkawi.. sian dia.. maka nya semua risau. Husband pun mula-mula risau tapi saya cakap inshaAllah ok je kot kalau tak lasak sangat. Kak ipar dengan mak mentua banyak kali pesan jangan renyah, jangan banyak sangat jalan, jaga diri. Kak ipar cerita kawan dia naik flight KB-KL waktu mengandung dua bulan gugur jugak dan dia sangat tak galakkan saya pegi. Tapi saya macam gamble je pegi je hihhi. Mama saya pun kata inshaAllah ok tu, dia pegi Cameron masa mengandung abang saya 3 bulan Alhamdulillah ok.

Makanya saya pun jadi la pegi Langkawi. Kitorang pegi Cable Car, Chenang, Wildlife Park, segala jenis pantai you name it public beach private beach, jalan-jalan cari makan. Haa tipu la kata kalau tak jalan banyak kikiki. Alhamdulillah tak pening dan mual sangat masa pegi Langkawi tu. Siap pegi survey pinggan mangkuk chocolates bagai. Syukur selamat balik ke Puchong balik dalam keadaan sihat. Anak ni pulak macam suka je naik kapal terbang. Eh bahaya ni, takmau high maintainance sangat ye anakku. Cuti jauh-jauh sekali sekala je ye hehe.

Minggu depannya pulak ayah mentua ajak cuti-cuti kat PD. Pegi dengan family kak ipar yang duduk kat Puncak Jalil. 2 hari 1 malam tido sana. Masa ni pun Alhamdulillah ok. Cuma dah start tak selera nak makan certain food. Ada makanan yang selera, ada yang nak masuk pun tak larat nak telan. Tapii balik dari PD masa pegi keje rasa macam penat semacam. Masa boss takde setengah jam tido lena haha. Mata memang tak dapat tahan langsung. Penat dia rasa mcm tak nak makan apa-apa pun, nak baring je. Masa boss balik office dia tgok muka pucat dia suruh balik sebab boss pompuan, dia kata dia faham. Katanya dia ngandung dulu lagi teruk asyik muntah je. Tapi saya tak balik pun, boleh tahan lagi.. nak simpan cuti n MC hihi. 

Minggu depannya abang ajak pegi A Famosa pulak dengan family belah saya. Tido dua hari satu malam. Haaa masa ni mentang-mentang keluar dengan family sendiri, villa kitorang ada private swimming pool, mak buyung ni tak sedar diri mengandungg. Swimming sakan, dengan dive lagi gaya macam-macam, gaya lompat tikam lompat pusing lompat ninja. Berenang kuak kupu-kupu kuak labah-labah. Husband dengan mama tengok, diorang yang  ngeri haha. Lpas swimming bantai main basikal. Last-last mama jerit dari jauh "cukuplaa tuu orang mengandungg"

Balik tu terus demam. Kahkah padan muka.

Next week nye pulak ada sambutan birthday anak-anak buah belah husband besar-besaran kat PD. Berturut2 pulakk weols bercuti time ngandung ni. Yang tu sakan jugak, almaklumlaa sambut birthday besar-besaran. Makan je kejee, siap berpesta mcm orang tak ngandung. Semua cakap eh Zati mengandung ok je kan. Little that they know...hehe.. Time tido malam, share katil dengan anak-anak buah husband and mak mentua. Biasa la budak banyak ragam kan, so tido ayam je sepanjang malam. Balik esoknya demam lagi dan ambik EL. Hehehe. 


Sekarang dah 13 minggu still kepala buai-buai, gosok gigi selalu muntah. Oh lagi satu, tak boleh makan luar langsung. Asalkan makan luar je, konfirmmmm muntah. Makan sikit pun muntah. Kalau masak sendiri, mama atau mak mentua masak ok je takde muntah. So memang masak sendiri la cerita dia. Breakfast kalau masak meehun ke nasi goreng ke, masak lebih untuk bawak bekal. Kakak ipar yang duduk Puncak Jalil memang hari-hari breakfast kat sini dengan family dia, so sekarang memang masak extraaaa lebih untuk bawak bekal haha. Then tak tahan bau kuat-kuat. Bau deodorant husband pun tak tahan. Banyak kali huband tukar pun tak tahan kikiki sian husband. Tapi bau badan dia tahan, ada certain people bau badan suami pun tak tahan hehe. Bau busuk, tenogk benda busuk or kotor, semua tak tahan konfirm muntah ewww. Cadar, towel, kejap2 tukar baru, basuh pun nak wangi2 nnti muntah. Masa solat kat surau shopping mall, terlupa bawak telekung. Tau laa telekung shopping mall camne kan, hitam dan busuk angat :( hmm masa solat tu, ya Rabbi asyik jelueekkk je nak muntah, sampai keluar air mata banyak gila.. Penat pujuk anak, sayang sabar sikit ye mama habiskan solat jap. Wahai anakku sayang, awak ni penjijik rupenye kikiki.. Mama doa awak ni pembersih, jangan sampai taknak masuk dapur langsung sudah pulak yee my dear.. 


Haa panjang bak hang.. nak cerita memang banyak lagi tapi letih dah menaip.. seronok sangat perjalanan mengandung ni, biarpun muntah loya pening semua, tapi itulah yang manis ;)  next entry nak cerita pasal mengidam and scan baby pulak <3




















Friday, May 13, 2016

My Pregnancy ;)

Alhamdulillah,


Sekarang baru berani nak tulis blog tentang pregnancy saya :) Syukur, sekarang sedang mengandung week 13 maksudnya dah lepas trimester pertama, kandungan lebih kurang 3 bulan. Syukur sangat atas rezeki yang Allah beri ni. Kitorang suami isteri takde buat perancangan keluarga, cuma memang rancang nak anak, pergi berurut peranakan semua. Selebihnya kami serah saje pada Allah, terpulang bila-bila Dia akan berikan rezeki zuriat. Syukur sangat lepas 2 bulan setengah kahwin, saya pregnant ;)



Nak record kat sini perjalanan pregnancy as my diary hehe. 
Sebenarnya masa bulan Januari, saya pernah period sakit senggugut teruk. Kami kahwin bulan Disember tahun sebelumnya, jadi sebulan lepas kahwin bila period tu tahu la tak melekat, tapi redha. Tapi memang pelik sebab saya memang jaranggg senggugut dan last masa sekolah menengah kot, itu pun mungkin boleh kira dengan jari. Ingatkan sebab dah kahwin period dia rasa lain (haha) tapi lepas hari keberapa period tak ingat, keluar macam darah seketul besar. Diikuti pening kepala yang lain macam sakitnya. Saya dan suami suspek gugur. Bulan Februari pun saya period lagi, tapi normal period. Lepas period kali kedua, saya pergi berurut tradisional kat kampung. Wan yang urut tu ada baca ayat Al-Quran sambil tu, dan nasihatkan yang ini cuma ikhtiar dia untuk tolong. Tapi actually lepas habis sesi mengurut, wan tu sebenarnya kelakar gilaa, dah tua sangat tapi kelakar dia kalah lawak maharaja lawak mega. Alih-alih dah habis urut dia kata "malam ni terus tau.." Cehh wann ni direct gila mama I pun tergelak sakan je.




So Alkisahnya saya first terdetik nak buat pregnancy test sebab time first month pregnancy saya memang taktau apa-apa tapi asyik nak terkencinggg je. Haha :P And haus sangat mula-mula sebab ingatkan cuaca panas El Nino tapi nak terkencing tu kerap sangat biasa tak cenggini. Tambah pulak rasa macam dah seminggu lambat period. Sebenarnya period saya memang tak berapa nak tetap, tapi takdela lari jauh sangat tarikh bulanan dia. Mungkin naluri keibuan tu dah ada (cewaah) dah rasa yakinnn je macam ada isi, macam entah tiba-tiba nak buat pregnancy test sebab mmg kami rancang nak anak. Mula-mula taknak berharap sangat, so niat nak test-test je :)



Kali ni, husband memang taknak berharap sangat nanti dia takut kecewa. Malam tu jugak kitorang pergi cari UPT Test Strip, tapi suami pesan, kalau tak ada jangan kecewa dan nangis tau. Banyak kali suami pesan, saya cakap tak apa la saya redha. Rupenye lepas saya dapat tau mengandung, suami confess dia pujuk saya jangan kecewa sebab dia takut dia lagi kecewa hihihi, Comey je. Para ibu, ketahuilah sebenarnya bab emosi kadangkala suami lagi lemah dari kita and harap kita kuat supaya dia dapat kuat jugak tau :)



Berbalik pada UPT Test, malam tu jugak saya buat sebab tak sabar haha. Mula-mula masa titikkan urine, ada satu line serta merta keluar. Satu je.. sedih dah masa tu.. tapi tahan je sebab dah janji sengan husband taknak sedih hehe. Bila kluar bilik air, husband tanya macam mana, saya kata maaf yayang belum rezeki kita. Husband peluk and pujuk kata its ok nanti kita ikhtiar lagi. Husband kata nak tengok UPT Test tu. Saya pun bagi. "Eh ni dua line kan? Satu ni samar-samar." Saya tengok balik. Eh yela dua line, saya baca balik paket dia kata tunggu beberapa minit. Sebab saya gelojoh tak baca betul-betul satu saat dah tengok result haha. Tapi suami kata samar mcm ni kira ke? Suami kata dia taknak mengharap nanti dia sedih. Saya pun google la. Dalam blog-blog lain kata asalkan ada tanda samar maknanya pregnant sebab menandakan adanya hormon HCG yang hanya wujud kalau pregnant, melainkan chemical pregnancy yang mana kita alami keguguran minor (macam saya masa bulan Januari lepas), sisa-sisa hormon masih ada sikit tapi kandungan dah tak ada. Still ada line samar. Husband cakap dia taknak happy sangat dulu, sebab saya ada history gugur minor. Dia kata buat lagi sekali esok. Sebab saya pun baru google yang the best time buat test ni adalah pada waktu subuh sebelum consume makanan. Waktu tu hormon HCG paling pekat.



UPT Test kali pertama



Malam tu jugak husband gigih pegi farmasi beli lagi satu UPT Test ok. Buat pengetahuan, kitorang beli jenama Disclosure. Murah je dalam RM5-6 satu. Malam tu tak dapat tido nak tunggu subuh.



Esoknya subuh buat lagi sekali test. Still satu clear satu samar result dia. Husband still tak puas hati. Mula-mula ingat nak beli jenama yang mahal sikit ClearBlue sebab dalam blog ramai recommend, kata diorang lebih tepat. Saya suggest dengan husband terus pegi klinik jela. Saya whatsapp kak ipar and kawan saya yang dah pregnant, tunjuk result tu tanya kalau mcm ni kira pregnant ke sebab diorang dah ada pengalaman. Dua-dua terus congratulate saya, cakap kalau macam tu sah mengandung. Saya cakap ish betul ke takutnyaa nak happy cepat sangat, 
dah terjebak syndrome husband pulak dahh hihi. Diorang gelak je dan suggest pegi scan terus untuk kepastian. 



UPT Test kali kedua. Still samar tapi ada dua line


Malam tu kitorang pergi klinik kat area rumah, tapi doktor situ kata machine scan tak ada kat klinik sekarang, cawangan dia pinjam. Hujung minggu baru ada. Hah buat suspend betul la hahaha. Atas sebab tidak sabar, pegi klinik lagi satu kat Putra Perdana, namanya Klinik An Nisa atas recommendation kawan yang whatsapp tadi tu. 



Masa masuk bilik doktor, uihh ketar pulak nak tau result. Doktornya perempuan, lembut je. Dia tanya untuk period kali terakhir, bila tarikh first day period tu. Saya bagitau 12 Februari. Then dia terus suruh baring atas katil untuk scan. Ketar dahhh masa ni, dalam hati kata kalau tak ada takpe. Jeling tengok husband muka dia lagi cemas hahaha.



Lepas scan, Alhamdulillah doktor sahkan dah ada kantung means memang mengandung :) :) Syukur, gembira, terharu, semua ada. Husband dah menyengih sampai telinga, takleh tutup dah mulut tu senyum lebar je haha. Doktor tunjuk rahim dah bengkak, mengakibatkan pundi kencing ditekan. Patutlaah rasa nak kencing jee hihi. Doktor pun bagi gambar scan first, dan baby dianggarkan berusia 4/5 minggu. Gambar scan tak jelas sangat sebab baru ada kantung kan. Doktor pun bagi asid folik yang sekali dengan vitamin untuk consume sehari sekali lepas makan. Masuk je kereta husband terus peluk dan ucapkan syukur, husband pesan dah kena start jaga diri extra. Masa ni, touching sangat rasa hihi.




Sekarang buat monthly check up di Klinik An Nisa je sebab servis ok dan harga pun affordable. First time scan + acid folic = caj RM47 je. First monthly check up + scan denyut jantung dan pergerakan baby + obimin = caj RM59 je. Dan tak perlu ambil cuti nak pegi buat check up, since boleh checkup samada lepas maghrib atau hujung minggu tapi doktor galakkan datang hujung minggu sebab pregnancy checkup ni biasa ambik masa. Paling penting, doktornya perempuan :) So memang klinik An Nisa lah pilihan kitorang untuk monthly check up :)

Syukur sangat, sekarang kandungan dah 13 minggu dan dah dapat pil obimin pulak. Nanti sambung next entry ;) to be continued..