Friday, March 25, 2016

2.0.1.6

Assalamualaikum w.b.t



Wow! Tak sangka jenguk balik blog lama ada lagi haha. Last post 2012, sah-sah memang blog ni lama dah dilupakan hihi.. Reason bukak balik blog ni sebab sekarang ni dah berkahwin, dan selalu rujuk blog untuk resipi la (almaklumm dah kena masak untuk suami sekarang hihhi) bukak blog untuk tahu macam-macam lagi pasal dunia perkahwinan. Sebabnya sekarang ni dah duduk jauh dengan my mom, dah pulak tu ada family sendiri makanya kena laa berdikari :')

Bila tengok balik perjalanan hidup selama 4 tahun ni, Ya Allah banyak nya yang dah dilalui. Tiba-tiba rasa macam nak blogkan sikit, untuk kenangan sendiri pun :)

Alhamdulillah, 17 Disember 2015 selamat bergelar isteri kepada suami yang sangat bertanggungjawab dan caring. Sekarang tinggal di rumah mertua. 3 bulan lebih dah tinggal rumah mertua, Alhamdulillah mertua dan ipar baik-baik :) Syukur sangat :) InshaAllah nanti kitorang akan pindah duduk sendiri.










No comments:

Post a Comment