Friday, February 3, 2017

I am

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah,

22 November 2016, hari yang paling bahagia! Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby girl buah hati kekasih hati, Nur Amanda binti Fazrul Mas Fidzri 😍Baby saya seberat 2.8kg dan dilahirkan secara normal. Syukur ya Allah, now I am Mama Amanda a.k.a Mamanda! 😁 I am the happiest woman on earth and now obsesssss sangat dengan baby Amanda hahaha!


Dah lama tak update blog sebab sebenarnya masa pregnancy masuk 6 bulan, kitorang pindah dari rumah family in law ke rumah sendiri, nak build a new family kan hihi. Tapi rumah tu pun sebenarnya ayah mertua kasi, kebetulan penyewa tu buat rumah lain dan nak pindah. Terus ayah bagitau kitorang dan offer duk situ. Thankyou ayah, moga Allah murahkan rezeki ayah ! ;)


So dengan perut buyut, sebulan mengecat rumah dengan suami. Kadang-kadang weekend mama n ayah turun Puchong tolong cat ramai2. Memang meriah and seronokk tak rasa penat pun nak pindah rumah cuma busy jela sebab hari-hari balik keje je pegi rumah tu utk cuci2, suami betulkan mana yang tak elok macam kepala shower, soket2 etc dan cat. Siling pun cat ok, yela kan nak rumahku syurgaku haha. Alhamdulillah masa kandungan 7 bulan dah pindah masuk. Nanti nak story pasal pindah bila lapang, sebab macam-macam jugak jadii and many happy memories! Now tazabarr dah nak citer pasal beranak hahaa



Ok, sebelum beranak saya memang nekaddd sangat nak kerja sampai hari beranak sebab nak cuti dua bulan maternity leave tu full dengan baby! Lagipun masa mengandung Alhamdulillah takde rasa macam penat sangat so memang nekad keje je sampai bersalin, siap bagitau boss lagi, "I nak kerja sampai beranak. Kalau I nak terberanak you hantarkan kat Hospital boleh?" Kahkah Boss cakap boleh no prob tapi dia suspen sikit hahaha. Dia siap mintak details hospital nak beranak tu and save siap-siap. Masa tu dah confirm nak bersalin dekat Hospital Islam Az Zahra, Bandar Baru Bangi. Kenapa Hospital Az Zahra? Sebab hospital tu semua perempuan yang handle dari doktor, nurse, sampaila tukang cuci. Bidan pun ada sementara nak tunggu masuk labour room. Dan dia dengarkan bacaan Al-Quran masa nak tunggu bersalin. Dah checkup kat situ dari baby 7 bulan. Kena checkup at least dua kali sebelum bersalin. Chekup dengan Doktor Fazlina Hanum. Doktor tu baik n cergas. Nurse pun setakat pergi checkup memang baik je.


Masa mengandung, ada beberapa kali dapat Braxton Hicks Contraction (BHC). BHC ni macam mild contraction, yang mana nak ajar kita adapt dengan contraction sebenar. Rasa dia mcm contraction tapi tak sekuat contraction sebenar. Ala-ala macam senggugut atau sakit perut nak cirit birit haha. Pernah sekali masa kandungan tujuh bulan, kena false contraction. Alkisah yang sebenarnya, saya and husband masa tu second antenatal checkup dekat Az Zahra. First time pegi antenatal checkup Az Zahra, mama teman dengan the whole family (anak manja biasela kahkah) masa tu husband kerja. So second visit ni dia ambil cuti.


Masa doktor check, Alhamdulillah semua ok. Lepastu dia suruh baring atas tempat scan. Dia pun check2 perut sebelum scan. Tiba-tiba dia cakap, "eh awak dah ada contraction ni. Cuba rasa ni, kalau perut mengeras macam ni maksudnya contraction. Ok sekarang awk rasa, dah lembut. Kalau awak rasa contraction macam ni selang 3 minit atau kurang dari 10 minit sekali, pegi hospital ye. Takut baby nak keluar awal ke."


Saya pun anggukla, sebab memang ada banyak kes premature birth. Baru borak dengan member, sedara dia baru je lahirkan anak premature birth. Yang cuak siapa tau, husband I la! hahaha. Alhamdulillah doktor check jumlah air ketuban saya ideal, cuma baby macam kecik sikit, ikut genetik laaa kan hahaha.


Balik tu dalam kereta husband dok pegang perut nak rasa yang 'mengeras' tu. Lepastu, dia tukang check setiap minit! Hahaa. Dia cakap set la masa. Saya pulak to be honest, tak dapat nak bezakan 'mengeras contraction' tu dengan sakit pinggang biasa mengandung hahaa. So saya cakap dengan husband, tak reti laa nak tau contraction tu. Dia pun pegang perut pastu cakap ha ni tengah keras ni tak rasa ke? Tak :p hahaha serious tak rasa beza pape punn. So husband yang risau and pegang je perut sepanjang hari hehe.


Sebelum ni masa preggy biasa dah sakit perut n BHC. Tapi malam tu comel je husband pegang jee perut n timing bila contraction. Dia risau saya tak reti pastu terberanak hahaa. Lepastu saya pulak tiba-tiba macam sakit perut, pastu pulak husband timing mengeras tu bawah 10 minit sekali. Saya sakit perut tu sakit gastrik kott tapi sebab husband risau, ktrg decide utk pegi check klinik esok nya.



So esoknya husband ambil EL and saya inform boss nak pegi checkup kejap je dekat klinik before masuk kerja. Boss cakap ok, kitorang pegi Klinik Nadi Iman yang dekat dgn rumah. Situ klinik utk kanak-kanak, wanita mengandung dan sakit lain. Masa check tu doktor perempuan muda, dia pun suruh baring n check perut. Dia bagitau baby dah kat bawah dah, then bagitau "baby kat bawah betul dah ni. Kalau betul rasa mengeras bawah 10 minit sekali, awak kena pegi hospital ni. Ni tanda premature birth, kalau baby kluar awal kena masuk incubator ni. Saya akan buat surat refer hospital, tapi kena pegi hospital kerajaan. Terus pegi bahagian emergency." Bila kitorang dengar tu memang cuak gila la kan ahaha. Saya inform boss. Bos pun terkezut beruk and dia pulak risau ahaha. 


Kitorang decide pegi Hospital Putrajaya. Kitorang taknak inform parents dulu sebab takut diorang risau. Nak dengar doktor kata apa dulu. Sampai je kecemasan Hospital Putrajaya, dia suruh pegi bahagian bersalin. Lepas daftar tu, saya pun masuk wad sekejap. Bila kena pakai baju pink tu memang risau gila ingat nak bersalin dah kikiki. Doktor pun check bukaan, first time check slalu dengar je orang cerita. Masa tu tak sakit sangat. Doktor kata takde bukaan. Lepastu check graf. Sejam lebih jugak. Then doktor kata berdasarkan graf, takde contraction. Nurse yang pegang perut selama sejam lebih tu pun kata xde, haha. So memang salah la ktrg rasa tu, maybe sakit perut gastrik je kihkih. Yang mengeras tu maybe baby gerak kot. Syukur tak premature, Alhamdulillah.


Balik semula kat cerita bersalin sebenar kikiki. Masa pregnancy dah masuk 9 bulan, dah rasa semua simptom hampir bersalin. Simptom2 ni saya baca kat google. Antara simptom dia :

1- Selalu cirit-birit. Ni disebabkan bowel system kita dah makin melonggar sebagai persediaan nak keluarkan baby nanti. So, usus kita akan dalam keadaan relax dan proses najis dalam bentuk cirit-birit hihi. 


2- Sakit tulang belakang, pelvis dan bahagian bawah anggota badan. Pelvis kita akan semakin mengembang utk persediaan laluan baby keluar. Rasa sengal2 je bahagian situ masa hampir tempoh bersalin dulu.


3- Perut 'jatuh'. Ini orang sekeliling yang bgtau saya, especially mommies yang dah banyak kali beranak hahaa. Nampak saya je cakap 'eh perut dah jatuhh dah nak beranak dah ni'. Also doktor check semua kata baby dah kat bawah sangat dah. Result dia, memang slalu nak kencingg je. Baru kencing, dah rasa nak melawat tandas lagi. Rasa nak pakai pampers je :P


4- Joints longgar. Memang terasa joints esp kat pelvis and lutut, mcm longgar semacam. Ni sebab hormon relaxin dilepaskan dan mengakibatkan joints longgar.


Sehari sebelum bersalin, masa kat office, tiba-tiba terasa pinggang, tulang belakang dan kaki rasa sengal semacam. Lepastu berjalan2 sikit la sambil pegang pinggang. Tapi takde rasa sakit sangat pun cuma rasa sengal dia lebih sikit dari biasa. Masa tu petang pukul 3.30pm mcm tu. Boss tanya, "eh awak ok tak ni?" Saya cakap ok je rasa sakit pinggang je, harini lebih sikit. "Awak dah nak beranak dah ke?" Dia soal muka cam nak panik je hahaa. Saya cakap "kalau I rasa nak beranak you hantarkan la haha" sambil gelak2 :P Dia pun cakap ok ok sambil keluarkan kunci kereta letak atas meja takut tak sempat haha. Masa tu hati saya memang kuat kata ni contraction sebenar nak start ni, nak beranak dah ni. Tapi mood masa tu, serious rasa relaxxx je. Tak rasa neves langsung hehe. 

Balik kerja tu (tak beranak kat tempat keje macam drama k, haha) dengan mood yang sangat relax, redah jem macam biasa. KL, memang jem laaa. Keje kat Petaling Jaya, rumah kat Bandar Kinrara, bayangkan jelaa jem kat LDP tu mcamana. Tapi honestly masa tu rasa relax je siap senyum2 bawak kereta sebab macam tak sabar nak jumpa baby dah! kikiki


Sebelum sampai rumah, sempat singgah restoran Thai untuk tapau makanan sebab rasa mcm malas nak masak, memang hati kata nak beranak dahh. Beli banyak makanan konon nak makan banyak sebagai persediaan nak push kahkahh

Balik tu, sebelum masuk rumah turun naik tangga, konon nak senangkan proses beranak :P turun naik 4 tingkat tak tipu ok kahkah.

Masuk rumah, tengok husband dah ada kat rumah tengah tengok tv. Saya cakap dgn husband, abang rasanya dah nak beranak kot sebab sakit pinggang lebih sikit harini. Cakap tu sambil gelak-gelak. Husband terkebil-kebil, mula-mula dia tak caya sangat sebab dah pernah false contraction, and banyak kali Braxton Hicks jugak. Lagipun awal dua minggu sebelum due date. Dia pun cakap "yeke? makan dulu. Mana tau sakit perut lapar ke." Ceh, hahaa. Dia tengok makanan banyak gilaa, dia cakap mak ai banyaknyaa lapar ke? Saya cakapla preparation nak push nnti, kena la banyak tenaga :P dia kata ke takut masa pantang nnti takleh makan macam-macam :P then dia tanya lagi, serious ke nak beranak dah? Dia tak caya. Then dia sambung tengok tv je macam biasa.


Malam tu, memang tak dapat tido sebab terasa contraction. Contraction masa tu tak sakit sangat, tapi tak tido sebab nak timing contraction tu guna apps. Takutla kan tak pernah ada experience kang tau2 terberanak ahaha. Siap mesej mama, kalau nak bersalin dah, rasa apa? Mama cakap sakit contraction kuat dan turun darah. Tapi tak bagitau mama pasal contraction tu. 


Pagi tu pukul 5 sebelum subuh, contraction 10 minit sekali. Disebabkan banyak baca blog yang suruh banyak jalan, naik tangga, ketuk ketampi dan jalan itik, saya pun sakan la ketuk ketampi, jalan itik bagai :P Haha. Lepastu rasa nak terkencing, pegila tandas. Tiba-tiba, jeng jeng jeng..

Darah dah turun!

Wah dengan muka excited gila (yang ni kelakar) kejut husband dengan senyuman super lebar sambil kata "Abang! Darah dah turun nak beranak dah niii!" muka excited gila hahaha. Husband tengah sedap tido bangun terkebil2 "Hah yeke konfirm ke" ceh konfirm ke, saya pun tunjuklaa kat husband. Gelabah gilaa dia cari seluar (walaupun seluar emergency dah ready) tanya buku pink dan barang2 semua ada dah. Alhamdulillah semua dah ready since 7 bulan pregnant. Then dia suruh mandi dan solat dulu, since dah masuk subuh. Kitorang habis solat terus pecut pegi Bangi.

Masa dalam kereta dia tengok saya senyum2 gelak2 dia cakap "betul ke nak beranak ni muka happy je, dalam cerita semua muka takut, tahan sakit, nangis la". Dah tu nak nangis ke baru sah nak beranak 😂

Sampai hospital, terus naik wad. Doktor dah pesan naik terus tingkat dua kalau dah nak beranak. Nurse check bukaan baru 2cm, dia bagi choice nak admit wad atau balik. Dia jangka beranak malam. Saya pilih nak balik hahaa. Masa ni belum bagitau sesiapa nak bersalin dah.

Balik hospital tu, kitorang pegi Giant shopping makanan pantang 😂 sambil tu timing contraction hahaa. Siap pegi Pizza Hut tapau pizza kikiki.

Balik rumah saya dgn husband kemas rumah nak menyambut orang baru kan :D Saya sakan vacuum rumah, kemas bilik baby, pasang cadar baby. Sebelum tu dah makan nasi ayam penyet kat Giant, tapi makan sikit je takde selera sebab dalam kepala ada 1001 benda tengah fikir hehe.


Masa tengah pasang langsir bilik baby, masa tu dah start rasa contraction bertambah kuat. Sambil pasang dengan suami, sambil picit pinggang. Lepastu cakap dgn suami, abang jomla pegi hospital. Masa tu pukul 4pm lebih.

Suami pun macam panik kata ok ok jomm. Dalam kereta suami bawak kereta laju gilaa. Sambil tu dia tanya ok tak ok tak? Saya cakap ok lagi tapi dah start sakit kuat.


Sampai hospital, husband register wad. Bilik dua orang. Kena tunggu dulu sebab bilik penuh, kena tunggu patient keluar sekejap. Masa tu dah rasa contraction kuat. Duk bawak berjalan tapi tahan2 sakit. Ajak husband pergi kereta ambik barang. 


Dalam kereta duk merengkot2 tahan sakit huhuu. Suami dah cuak, dia suruh makan pizza sebab tadi makan lunch sikit je. Suami kata kena ada tenaga sbb macam dah nak beranak ni. Saya makan pizza tu dapat jamah sikit je sbb dok tahan sakit contraction.

Dalam pukul 5.30pm kitorang naik wad, dia suruh pg tingkat 3. Bilik dah kosong. Masuk je bilik terus saya baring atas katil, tahan2 sakit. Masa tu memang sakit gila haha. Mintak suami picitkan belakang, syukur kat situ suami boleh ada dengan isteri 24 jam. Syukur sangatt, sebab percayalah, masa nak bersalin ni kalau suami ada kat sisi kita, kita lagi kuat huhu.


Suami suruh saya solat asar dulu. Lepas solat asar, contraction bertambah2 kuat sampai saya guling2 atas katil sambil baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun. Sambil tu tarik2 rambut hahaa sakit woo :P Suami cemas, dia cakap dengan baby, "Banban, takmau bagi mama sakit tau.. sian mama.. banban jom keluar, mama lama dah sakit tu. Banban be a good girl k" Masa ni sempat lagi rasa terharu suami cakap gitu :') Nurse datang kasi ubat buang air besar supaya tak melepas masa bersalin  haha. Nurse cucuk je ubat tu dalam punggung, terus pegi bilik air :P


Nurse datang silih ganti nak check tekanan darah dan kekuatan contraction guna graf. Semua nurse terkejut tengok contraction 99% sejak petang lagi sebenarnya and masa 7.30pm tu dah selang dua minit sekali. Gila penat dah tahan sakit. Suami dah cuak tanya nurse, bila nak beranak ni? Isteri saya dah lama tahan sakit. Nurse cakap kena tunggu bidan dulu pukul 8pm. Setengah jam tu rasa lamaa sangat and husband pun dok tanya tak tunggu bidan takleh ke sebab dia kesian sangat saya dok tahan sakit yg 99% tu lama sangat. Nurse2 pun muka cuak kata kena tunggu jugak. Ramaila nurse melawat bilik saya masa tu hahaa diorang pun dah cuak sebab saya dok kata nak terberakk nii dorang takut saya terberanak sebab beranak rasa dia mcm nak buang air besar. So diorang takut yang saya kata nak berak tu sebenarnya nak beranak dahh.



Pukul 8pm, bidan pun sampai. Dia check contraction dekat CTG graph and pegang perut, dia terkejut dah dua minit sekali. Dia pun check bukaan, (check bukaan sakit ok, siapa yg ckp tak sakit sebelum saya bersalin tu meh siniii tipu saya ekk hahaha) Bidan check dah 5cm and arahkan masuk labour room. Yayyy haha masa tu rasa yes finally, I just want this pain to be over. Honestly saya tak pernah takut or nervous nak beranak, so masa dia tolak tu saya sebenarnya rasa happy gila haha. Suami rasa legaa and nervouss. 


Nurse tolak guna wheelchair. Masuk je LR, dengar bacaan Al-Quran berkumandang. Alhamdulillah, hati rasa sedap je. Tapi still tahan sakit ni. Tapii bila dah kat LR, contraction makin menjadi2. Masa dah atas katil, duk guling2 lagi tahan sakit. 

Tak lama tu, doktor datang dan check bukaan. Tiba-tiba doktor kata, "eh ni baru 3cm ni" saya macam seriouslaaa tadi kata 5cm 😂 doktor suruh induce, lepastu doktor keluar. Bidan pun datang kat saya duk pujuk tahan sikit ye, baru 3cm rupanya maybe jari saya besar check tadi. Bidan tu baikkkk gila. Rasa tenang sikit bila dipujuk2. Suami pun tak putus urut and tenangkan. Thankyou lovely people.

Tapi tak semua lovely hahaaa. Masa bidan keluar, nurse ambik alih. Masa tu saya dah taktahan sakit. Ada 4 orang nurse. Bila ada sorang nurse tu nak seluk check bukaan, saya cakap taknak, tak tahan sakit. Lepastu ada sorang nurse tu marah saya, tak ingat mcamne, tapi dia tinggi suara and bentak, then kawan nurse dia jeling dia tajam and buat isyarat suruh dia keluar. Haha sempat lagi ada dramaa :P Lepastu masa nurse tengah prepare barang2 nak pecahkan ketuban, saya tiba-tiba mintak epidural! Ahaha sejujurnya masa tu saya sebenarnya terfikir nak mintak epidural sebab takut tak reti nak push baby dalam keadaan macam tu, dan mengakibatkan terpaksa ceasar atau vacuum. Serious paling takut kena ceaser atau vacuum. Nurse tanya, awak betul nak epidural? Husband tanya, 'sayang confirm nak epidural?' Saya terus 'iyaa nakk' then semua pun pegi prepare epidural. Masa diorang prepare epidural tu, tiba-tiba bertukar fikiran, 'abang taknakla' then husband panggil nurse cakap takjadi. Nurse cakap barang dah bukak, terpaksa teruskan epidural. Saya pun 'yela yela bagi je epidural' haha maafla masa tu tak fikir apa dah :P

Lepas sign agreement, diorang suruh tunggu pakar bius datang. Lepas 5 minit saya tanya husband 'mana doktor bius niiii' ahaha :P nurse cakap maaf2 dia odw dah.

Pakar bius datang n dia baik gila. Dia suruh tahan contraction jangan gerak masa dia bius takut salah bius. Dia ada explain ape tah masa tu suara dia dah macam hujung terowong, tengah fikir sakit contraction je tak dengar apa dahh. Lepas dia inject, nurse pecahkan ketuban. Lepas 10 minit mcm tu dah tak rasa langsung dah sakit contraction. Siap senyum2 lagi. Husband pun legaa je tengok, dia gelak kata 'dah senyum nampak' :P

Lupa nak habaq, masa yang dia inform dah kena pegi LR tu, husband call mama dan mak mertua bagitau zati dah nak beranak. So lepas kena cucuk epidural tu, husband bgtau family saya dah sampai :D alala happy and terharu je rasa haha. Nurse suruh saya rehat sementara bukaan 10cm, so masa tu husband ajak mama masuk. 

Masa nampak je muka mama, ya Allah rasa happy sangat. Sengih2, mentang dah kena cucuk epidural hehehe kalau tak tu guling2 jela. Mama pun tanya everything ok? Saya siap senyum2 lagi cakap dgn mama ok ma, tengah tnggu nak 10cm then start la push baby keluar. Mama peluk and nampak mama nangis. Touching sangat, love u ma! Lepastu tiba2 rasa macam nak terberanak! Cakap ngn mama sengih2, ma rasanye mcm nak beranak dah ni. Mama pun ok ok mama keluar dulu, panggil doktor cepat.

Alhamdulillah, tak sampai 10 minit push, Amanda keluar ke dunia. Syukur Amanda sihat, tak ada kuning. Berat Amanda 2.8kg. Masa doktor jahit tu, pandang Amanda. N amanda pandang saya tepat! Allah sahaja yang tahu betapa happy dan bersyukur nya saya. Thank you Allah for this amazing journey and amazing gift. Amanda amanah mama dan baba. InshaAllah mama dan baba akan berusaha untuk mendidik Amanda agar sentiasa menuju jalan Allah.


Saya discharge keesokan hari, lepas Asar. Kesimpulannya, beranak memangla sakit, tapiiii besttt. Jujur ikhlas dari hati haha. Dan sejujurnya dah lupa pun sakit dia tu camne hahaa. Apalah sangat sakit beranak yang, untuk kes saya, tak sampai sehari pun dibandingkan dengan anugerah yang Allah beri untuk kami suami isteri. Dahla sakit beranak tu kifarah dosa. Allah bersihkan dosa-dosa kecil ibu semasa bersalin. Memang ikutkan, malu la nak sebut beranak tu pengorbanan. Sebab, kita nak hadiah kan? Kena usaha la sikit. Dapat pulak hadiah yang sangat besar, sedangkan usahanya sikit saja. Terima kasih Allah yang Maha Pemurah :) 

Cuma nye, suami jela yang kena sayang bini lebih kot. Hahahaha. Bagi saya beranak ni bukan namanya pengorbanan seorang ibu sebab kita yang minta zuriat, dan syukur Allah beri zuriat pada kita. Sepanjang anak besar tu kita jaga dia sebab, itu memang tanggungjawab kita namanya. Anak ada hak dia untuk dijaga dengan sebaik mungkin sebab bukan dia yang minta lahir ke dunia. Saya cuma setuju kepada statement pengorbanan seorang isteri, sebab suami isteri yang sama-sama minta zuriat dari Allah ^^ Haha ok la dah terover pulak ni, kalau rajin saya sambung post next entryy ;)














No comments:

Post a Comment