Tuesday, May 17, 2016

My Pregnancy - Mengidam

Assalamualaikum,

Entry kali ni nak cerita sikit pasal mengidam. Sebelum tu nak bagitau, baby dalam kandungan ni dah ada nickname tau. Her nickname is... Sugarbun. Hihi nickname ni puan Rembau yang bagi, since the first time dia dapat berita her daughter is pregnant. Terus lekat nama Sugarbun ni, cute nickname puan bagi ni ;)


So sejak mengandungkan my banban, saya start mengidam since bulan kedua. Awal kan kikiki. Mula-mula tekak nakkkkk sangat makan daging lembu/ayam.. Nak steak ke, chicken chop ke, lauk daging makan dengan nasi ke. Apa-apa la asalkan daging. Kalau tak dapat memang mengigau malam. Hahaha. Takdela, just kalau tak dapat tu terbayanggg je. Siap nak mihun sup daging. Suamiku yang tersayang sabar n rajin layankan kihkih. Bila dah dapat daging seminggu, terus dah taknak langsung daging :P pandang daging or sebut daging pun nak muntah haha teroks betul.


Then start nak ikannnn je. Semua lauk nak ikan, fish n chips, ikan bakar.. Sampai ngidam sangat nak makan gulai ikan dengan mangga + lauk bayam, ceh siap complete meal ngidam hihi. Message mama kat Rembau pasal ngidam tu. Hujung minggu tu balik Rembau.. Tadaaa! Mama ku yang tersayang kasi surprise bawah tudung saji.. mama buat lauk gulai ikan mangga muda dengan bayam, terasaaa nikmattt sangat tauuu. I lebiu so much mama <3 ayah gelak je tengok perangai. Ayah kata nape tak beli? Sanggup tahan seminggu. Saya bagitau ayah saya alah MSG sejak mengandung. Kedai2 kebanyakannya confirm ada MSG. Nak masak sendiri tak jumpa2 mangga muda kat KL. Ayah gelak je, pastu suruh makan banyak2. Suami geleng kepala je ;p


Lepas lauk ikan, nak laksa. Pagi tu pesan kat mak mentua takyah masak, Zati beli laksa balik kerja kang sebab mengidam. Mak mentua gelak cakap ok. Tiba-tiba dah nak balik kerja tu suami tak kasi makan laksa sebab dia dah buat kajian terperinci pasal laksa kat google, yang mengatakan wanita pregnant first trimester tak boleh makan laksa. Aduhhh kecewaa sangat rasa, laksa dah kat tekak dah. Balik tu mengadu kat mak mentua. Mak cakap eh boleh je makan laksa masa mengandung siapa cakap tak boleh. Saya cakap Alol cakap :P Mak cakap kat husband bolehh je banyak pulak kau punya pantang Alol. Hahaha sorryyy husband, husband sengih cakap boleh ekk. So dia bawak pegi pasar malam. Husband cakap untunglaaa mengadu kat mak :P hihihihi. Dapat je laksa, hmmm nikmaatttt :B


Lepas laksa, hari-hari mengidam benda lain. Nak roti kaya bun la, nak carbonara la, nak itu la ini la, terokss kann. Tapi pergi beli sendiri je tau masa kerja or masak sendiri je. Inilah kelebihan boleh berdikari, nak apa-apa cari sendiri hihi. Ada satu time tu mengidam nasi tomato sangat, Google nasi tomato area Petaling Jaya. Beriya ikut waze masa lunchtime, waze bawak pegi macam sederet restoran kat Sunway. Gigih tu pegi Sunway. Sekaliii dalam banyak2 restoran tak de pun orang jual nasi tomato. Sedih tau datang jauh2 takde, google tipu :( Last2 beli nasi ayam since dah lambat n lapar. Then nak balik lalu kat longkang sebelah kedai hujung skali (bukan kedai nasi ayam tu). MashaAllah longkang dia busuk, dan seperti yg diberitahu dalam entry sebelum ni, saya alah betul benda bau busuk masa pregnant ni. Terus nak muntahhh sangat tapi since ramai orang tengah makan menangis tahan muntah kahkah, lari pegi kereta. Terus muntah dalam plastik dalam kereta, Rasa memang give up taknak makan nasi ayam tu haha :P

Balik tu cerita kat husband. Husband banyak kali cakap ala kesiannya then esok dia surprise belikan nasi tomato beli kat pasar malam hihi. Thanks husband, I lebiu so much walaupun lepas makan  nasi tomato tu saya muntah balik kemungkinan sebab ada MSG hehee. Cerita pasal nasi tomato sampai ke pengetahuan mama Rembau. Balik Rembau sekali lagi disurprisekan oleh nasi tomato homemade mama. I lebiu all my lovely people, rasa mcm spoilt brat sangat kahkah. Alhamdulillah, lepas tu dah takde nak nasi tomato lagi dah haha :P


Ngidam saya ni dia datang tiba-tiba mcm kalau baru plan nak pegi Mall dah rasa nak sangat Auntie Anne's Almond Caramel Pretzel tu. Suami kata amboi dah plan dah haha. Bila dapat je senyum lebar. Suami gelak je. Mama cakap mengidam ni sebenarnya sebab selera kita masa mengandung ni tak tentu arah. So masa ni kita tak tentu arah nak apa. Makanya datangnya mengidam ni sebab kita pujuk perut kita makan. Memang betul pun kot, biasanya saya just dapat habiskan makanan yang mengidam je sbb makanan lain masa tu tak selera langsung nak  makan. I said sorry to mama kalau ada termintak macam-macam hehe. Mama cakap alah nak sorry apa, mama dah pernah rasa, lagipun its for my cucu. Aloo touching kita tau :') #spoiltbratalert


Pernah mengidam nak roti bantal, so malam tu buat roti bantal dengan husband. Pagi tu canai and goreng masa breakfast, cicah sambal sardin homemade. Kak ipar kata rajinnya buat roti bantal pagi-pagi, Dah mengidam nak buat camne hehhe..


Sekarang ada sikit-sikit mengidam lagi. Sampai sekarang suka makan ikan je, dan buah tembikai. Sayur Alhamdulillah semua ok. Takde yang tak suka. Buah tak suka yang masam. Suka makan roti, rendang n lemang padahal before pregnant takdela suka roti sangat. Suka makanan homemade je, makanan luar susah betul nak telan. Kalau dapat telan pun konfirm muntah balik. So apa-apa homemade memang selera setakat ni. Kesimpulannya rasanya baby ni banyak ikut selera makan baba dia. Mama dia b4 pregnant makan semua ok, tolak batu dan kayu je tauu, semua telan kikiki. Its ok baby, elok la tu tak suka makan luar. Mama doakan Sugarbun dipelihara oleh Allah, sebab makanan tu akan jadi darah daging Sugarbun nanti. Love u Sugarbun sayang, and loving all the nice people around me. I feel blessed, thank you Allah  <3

From,

The spoilt brat daughter and wife xoxo







No comments:

Post a Comment