Friday, May 13, 2016

My Pregnancy ;)

Alhamdulillah,


Sekarang baru berani nak tulis blog tentang pregnancy saya :) Syukur, sekarang sedang mengandung week 13 maksudnya dah lepas trimester pertama, kandungan lebih kurang 3 bulan. Syukur sangat atas rezeki yang Allah beri ni. Kitorang suami isteri takde buat perancangan keluarga, cuma memang rancang nak anak, pergi berurut peranakan semua. Selebihnya kami serah saje pada Allah, terpulang bila-bila Dia akan berikan rezeki zuriat. Syukur sangat lepas 2 bulan setengah kahwin, saya pregnant ;)



Nak record kat sini perjalanan pregnancy as my diary hehe. 
Sebenarnya masa bulan Januari, saya pernah period sakit senggugut teruk. Kami kahwin bulan Disember tahun sebelumnya, jadi sebulan lepas kahwin bila period tu tahu la tak melekat, tapi redha. Tapi memang pelik sebab saya memang jaranggg senggugut dan last masa sekolah menengah kot, itu pun mungkin boleh kira dengan jari. Ingatkan sebab dah kahwin period dia rasa lain (haha) tapi lepas hari keberapa period tak ingat, keluar macam darah seketul besar. Diikuti pening kepala yang lain macam sakitnya. Saya dan suami suspek gugur. Bulan Februari pun saya period lagi, tapi normal period. Lepas period kali kedua, saya pergi berurut tradisional kat kampung. Wan yang urut tu ada baca ayat Al-Quran sambil tu, dan nasihatkan yang ini cuma ikhtiar dia untuk tolong. Tapi actually lepas habis sesi mengurut, wan tu sebenarnya kelakar gilaa, dah tua sangat tapi kelakar dia kalah lawak maharaja lawak mega. Alih-alih dah habis urut dia kata "malam ni terus tau.." Cehh wann ni direct gila mama I pun tergelak sakan je.




So Alkisahnya saya first terdetik nak buat pregnancy test sebab time first month pregnancy saya memang taktau apa-apa tapi asyik nak terkencinggg je. Haha :P And haus sangat mula-mula sebab ingatkan cuaca panas El Nino tapi nak terkencing tu kerap sangat biasa tak cenggini. Tambah pulak rasa macam dah seminggu lambat period. Sebenarnya period saya memang tak berapa nak tetap, tapi takdela lari jauh sangat tarikh bulanan dia. Mungkin naluri keibuan tu dah ada (cewaah) dah rasa yakinnn je macam ada isi, macam entah tiba-tiba nak buat pregnancy test sebab mmg kami rancang nak anak. Mula-mula taknak berharap sangat, so niat nak test-test je :)



Kali ni, husband memang taknak berharap sangat nanti dia takut kecewa. Malam tu jugak kitorang pergi cari UPT Test Strip, tapi suami pesan, kalau tak ada jangan kecewa dan nangis tau. Banyak kali suami pesan, saya cakap tak apa la saya redha. Rupenye lepas saya dapat tau mengandung, suami confess dia pujuk saya jangan kecewa sebab dia takut dia lagi kecewa hihihi, Comey je. Para ibu, ketahuilah sebenarnya bab emosi kadangkala suami lagi lemah dari kita and harap kita kuat supaya dia dapat kuat jugak tau :)



Berbalik pada UPT Test, malam tu jugak saya buat sebab tak sabar haha. Mula-mula masa titikkan urine, ada satu line serta merta keluar. Satu je.. sedih dah masa tu.. tapi tahan je sebab dah janji sengan husband taknak sedih hehe. Bila kluar bilik air, husband tanya macam mana, saya kata maaf yayang belum rezeki kita. Husband peluk and pujuk kata its ok nanti kita ikhtiar lagi. Husband kata nak tengok UPT Test tu. Saya pun bagi. "Eh ni dua line kan? Satu ni samar-samar." Saya tengok balik. Eh yela dua line, saya baca balik paket dia kata tunggu beberapa minit. Sebab saya gelojoh tak baca betul-betul satu saat dah tengok result haha. Tapi suami kata samar mcm ni kira ke? Suami kata dia taknak mengharap nanti dia sedih. Saya pun google la. Dalam blog-blog lain kata asalkan ada tanda samar maknanya pregnant sebab menandakan adanya hormon HCG yang hanya wujud kalau pregnant, melainkan chemical pregnancy yang mana kita alami keguguran minor (macam saya masa bulan Januari lepas), sisa-sisa hormon masih ada sikit tapi kandungan dah tak ada. Still ada line samar. Husband cakap dia taknak happy sangat dulu, sebab saya ada history gugur minor. Dia kata buat lagi sekali esok. Sebab saya pun baru google yang the best time buat test ni adalah pada waktu subuh sebelum consume makanan. Waktu tu hormon HCG paling pekat.



UPT Test kali pertama



Malam tu jugak husband gigih pegi farmasi beli lagi satu UPT Test ok. Buat pengetahuan, kitorang beli jenama Disclosure. Murah je dalam RM5-6 satu. Malam tu tak dapat tido nak tunggu subuh.



Esoknya subuh buat lagi sekali test. Still satu clear satu samar result dia. Husband still tak puas hati. Mula-mula ingat nak beli jenama yang mahal sikit ClearBlue sebab dalam blog ramai recommend, kata diorang lebih tepat. Saya suggest dengan husband terus pegi klinik jela. Saya whatsapp kak ipar and kawan saya yang dah pregnant, tunjuk result tu tanya kalau mcm ni kira pregnant ke sebab diorang dah ada pengalaman. Dua-dua terus congratulate saya, cakap kalau macam tu sah mengandung. Saya cakap ish betul ke takutnyaa nak happy cepat sangat, 
dah terjebak syndrome husband pulak dahh hihi. Diorang gelak je dan suggest pegi scan terus untuk kepastian. 



UPT Test kali kedua. Still samar tapi ada dua line


Malam tu kitorang pergi klinik kat area rumah, tapi doktor situ kata machine scan tak ada kat klinik sekarang, cawangan dia pinjam. Hujung minggu baru ada. Hah buat suspend betul la hahaha. Atas sebab tidak sabar, pegi klinik lagi satu kat Putra Perdana, namanya Klinik An Nisa atas recommendation kawan yang whatsapp tadi tu. 



Masa masuk bilik doktor, uihh ketar pulak nak tau result. Doktornya perempuan, lembut je. Dia tanya untuk period kali terakhir, bila tarikh first day period tu. Saya bagitau 12 Februari. Then dia terus suruh baring atas katil untuk scan. Ketar dahhh masa ni, dalam hati kata kalau tak ada takpe. Jeling tengok husband muka dia lagi cemas hahaha.



Lepas scan, Alhamdulillah doktor sahkan dah ada kantung means memang mengandung :) :) Syukur, gembira, terharu, semua ada. Husband dah menyengih sampai telinga, takleh tutup dah mulut tu senyum lebar je haha. Doktor tunjuk rahim dah bengkak, mengakibatkan pundi kencing ditekan. Patutlaah rasa nak kencing jee hihi. Doktor pun bagi gambar scan first, dan baby dianggarkan berusia 4/5 minggu. Gambar scan tak jelas sangat sebab baru ada kantung kan. Doktor pun bagi asid folik yang sekali dengan vitamin untuk consume sehari sekali lepas makan. Masuk je kereta husband terus peluk dan ucapkan syukur, husband pesan dah kena start jaga diri extra. Masa ni, touching sangat rasa hihi.




Sekarang buat monthly check up di Klinik An Nisa je sebab servis ok dan harga pun affordable. First time scan + acid folic = caj RM47 je. First monthly check up + scan denyut jantung dan pergerakan baby + obimin = caj RM59 je. Dan tak perlu ambil cuti nak pegi buat check up, since boleh checkup samada lepas maghrib atau hujung minggu tapi doktor galakkan datang hujung minggu sebab pregnancy checkup ni biasa ambik masa. Paling penting, doktornya perempuan :) So memang klinik An Nisa lah pilihan kitorang untuk monthly check up :)

Syukur sangat, sekarang kandungan dah 13 minggu dan dah dapat pil obimin pulak. Nanti sambung next entry ;) to be continued..










No comments:

Post a Comment