Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Monday, May 16, 2016

My Pregnancy - Alahan, Cabaran

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pulak perjalanan mengandung saya. 

First month mengandung, takde rasa apa-apa langsung. Takde rasa nak muntah, takde rasa pening ke mual ke, selera pun ok je kemain bertambah selera ada laa haha. Siap cakap ngan mak mentua, "mak takde rasa pape pun" cess belagak uols haha. Actually bukan belagak tapi masa tu mula-mula risau jugak sbb kononnya dalam blog kata mual dan loya tu bagus sebab menandakan yang hormon progesteron banyak, cukup untuk support keperluan baby.

Masuk week 6 a.k.a bulan kedua, haaa ambik laa masa ni dah start pening, mual, loya, muntah, semua laaa. First time rasa masa odw balik dari kampung kat Rembau. Masa dalam kereta tiba-tiba pening yang amatt macam migrain. Masa tu tengah whatsapp mama. Terus berenti whatsapp and bgtau husband pening sangat tapi sempat joking kata migrain sbb tgok phone dalam kereta and tak ngaku lagi tu morning sickness. Husband kata tu nak start dah tu morning sickness, saya just gelak and baring je. Masa ni tiba-tiba mual gila. Sepanjang perjalanan tak dapat nak tido tahan sakit.

Balik puchong, terus baring. Esoknya pegi kerja macam tu jugak tiba-tiba pening, mual. Masa kat tempat kerja pun rasa macam tak sedap badan je. Maka start la tiap-tiap pagi rasa gitu. Muntah tu mula-mula macam selang sehari, tapi muntah tak teruk sangat. Makan still selera. Saya tinggal dengan family in law. Mak mentua and kak ipar taktau saya muntah loya semua sbb saya depan orang bajet macho je haha. Satu malam ni saya pening sangat, tak larat turun makan. Mak mentua tanya husband, Zati mana, dia jawab Zati pening. Masa tengah buat breakfast satu hari, asyik jatuhkan barang2 sebab pening angat. Mak mentua tanya zati pening ke, saya sengih je aah laaa makk pening dah start dia gelak haa haritu nak sangat kikiki. That day terus ambik MC tak larat ko jahh oii.


Alhamdulillah pening loya mual  muntah tu semua still boleh kawal lagi, so depan orang memang bajet macho habis. Nenek pun cakap Zati mengandung steady je. Mak mentua pun cakap dengan mak2 sedara lain Zati mengandung ok je tak teruk.Cuma husband je yang tau di sebalik semua bajet macho tu kahkahkah thankyouuu husband layan kerenah iols kikiki.


Actually kitorang dah book flight dan hotel pegi Langkawi sejak sebelum kahwin, kononnya second honeymoon. Tarikh tu jatuh pulak masa minggu ketujuh mengandung. Masa tu kak ipar yang duduk Terengganu balik Puchong dengan abang ipar. Semua tanya, jadi ke pegi Langkawi? Sebab kebetulan ada sepupu suami mengandung dua bulan jugak, gugur masa di Langkawi.. sian dia.. maka nya semua risau. Husband pun mula-mula risau tapi saya cakap inshaAllah ok je kot kalau tak lasak sangat. Kak ipar dengan mak mentua banyak kali pesan jangan renyah, jangan banyak sangat jalan, jaga diri. Kak ipar cerita kawan dia naik flight KB-KL waktu mengandung dua bulan gugur jugak dan dia sangat tak galakkan saya pegi. Tapi saya macam gamble je pegi je hihhi. Mama saya pun kata inshaAllah ok tu, dia pegi Cameron masa mengandung abang saya 3 bulan Alhamdulillah ok.

Makanya saya pun jadi la pegi Langkawi. Kitorang pegi Cable Car, Chenang, Wildlife Park, segala jenis pantai you name it public beach private beach, jalan-jalan cari makan. Haa tipu la kata kalau tak jalan banyak kikiki. Alhamdulillah tak pening dan mual sangat masa pegi Langkawi tu. Siap pegi survey pinggan mangkuk chocolates bagai. Syukur selamat balik ke Puchong balik dalam keadaan sihat. Anak ni pulak macam suka je naik kapal terbang. Eh bahaya ni, takmau high maintainance sangat ye anakku. Cuti jauh-jauh sekali sekala je ye hehe.

Minggu depannya pulak ayah mentua ajak cuti-cuti kat PD. Pegi dengan family kak ipar yang duduk kat Puncak Jalil. 2 hari 1 malam tido sana. Masa ni pun Alhamdulillah ok. Cuma dah start tak selera nak makan certain food. Ada makanan yang selera, ada yang nak masuk pun tak larat nak telan. Tapii balik dari PD masa pegi keje rasa macam penat semacam. Masa boss takde setengah jam tido lena haha. Mata memang tak dapat tahan langsung. Penat dia rasa mcm tak nak makan apa-apa pun, nak baring je. Masa boss balik office dia tgok muka pucat dia suruh balik sebab boss pompuan, dia kata dia faham. Katanya dia ngandung dulu lagi teruk asyik muntah je. Tapi saya tak balik pun, boleh tahan lagi.. nak simpan cuti n MC hihi. 

Minggu depannya abang ajak pegi A Famosa pulak dengan family belah saya. Tido dua hari satu malam. Haaa masa ni mentang-mentang keluar dengan family sendiri, villa kitorang ada private swimming pool, mak buyung ni tak sedar diri mengandungg. Swimming sakan, dengan dive lagi gaya macam-macam, gaya lompat tikam lompat pusing lompat ninja. Berenang kuak kupu-kupu kuak labah-labah. Husband dengan mama tengok, diorang yang  ngeri haha. Lpas swimming bantai main basikal. Last-last mama jerit dari jauh "cukuplaa tuu orang mengandungg"

Balik tu terus demam. Kahkah padan muka.

Next week nye pulak ada sambutan birthday anak-anak buah belah husband besar-besaran kat PD. Berturut2 pulakk weols bercuti time ngandung ni. Yang tu sakan jugak, almaklumlaa sambut birthday besar-besaran. Makan je kejee, siap berpesta mcm orang tak ngandung. Semua cakap eh Zati mengandung ok je kan. Little that they know...hehe.. Time tido malam, share katil dengan anak-anak buah husband and mak mentua. Biasa la budak banyak ragam kan, so tido ayam je sepanjang malam. Balik esoknya demam lagi dan ambik EL. Hehehe. 


Sekarang dah 13 minggu still kepala buai-buai, gosok gigi selalu muntah. Oh lagi satu, tak boleh makan luar langsung. Asalkan makan luar je, konfirmmmm muntah. Makan sikit pun muntah. Kalau masak sendiri, mama atau mak mentua masak ok je takde muntah. So memang masak sendiri la cerita dia. Breakfast kalau masak meehun ke nasi goreng ke, masak lebih untuk bawak bekal. Kakak ipar yang duduk Puncak Jalil memang hari-hari breakfast kat sini dengan family dia, so sekarang memang masak extraaaa lebih untuk bawak bekal haha. Then tak tahan bau kuat-kuat. Bau deodorant husband pun tak tahan. Banyak kali huband tukar pun tak tahan kikiki sian husband. Tapi bau badan dia tahan, ada certain people bau badan suami pun tak tahan hehe. Bau busuk, tenogk benda busuk or kotor, semua tak tahan konfirm muntah ewww. Cadar, towel, kejap2 tukar baru, basuh pun nak wangi2 nnti muntah. Masa solat kat surau shopping mall, terlupa bawak telekung. Tau laa telekung shopping mall camne kan, hitam dan busuk angat :( hmm masa solat tu, ya Rabbi asyik jelueekkk je nak muntah, sampai keluar air mata banyak gila.. Penat pujuk anak, sayang sabar sikit ye mama habiskan solat jap. Wahai anakku sayang, awak ni penjijik rupenye kikiki.. Mama doa awak ni pembersih, jangan sampai taknak masuk dapur langsung sudah pulak yee my dear.. 


Haa panjang bak hang.. nak cerita memang banyak lagi tapi letih dah menaip.. seronok sangat perjalanan mengandung ni, biarpun muntah loya pening semua, tapi itulah yang manis ;)  next entry nak cerita pasal mengidam and scan baby pulak <3




















Friday, May 13, 2016

My Pregnancy ;)

Alhamdulillah,


Sekarang baru berani nak tulis blog tentang pregnancy saya :) Syukur, sekarang sedang mengandung week 13 maksudnya dah lepas trimester pertama, kandungan lebih kurang 3 bulan. Syukur sangat atas rezeki yang Allah beri ni. Kitorang suami isteri takde buat perancangan keluarga, cuma memang rancang nak anak, pergi berurut peranakan semua. Selebihnya kami serah saje pada Allah, terpulang bila-bila Dia akan berikan rezeki zuriat. Syukur sangat lepas 2 bulan setengah kahwin, saya pregnant ;)



Nak record kat sini perjalanan pregnancy as my diary hehe. 
Sebenarnya masa bulan Januari, saya pernah period sakit senggugut teruk. Kami kahwin bulan Disember tahun sebelumnya, jadi sebulan lepas kahwin bila period tu tahu la tak melekat, tapi redha. Tapi memang pelik sebab saya memang jaranggg senggugut dan last masa sekolah menengah kot, itu pun mungkin boleh kira dengan jari. Ingatkan sebab dah kahwin period dia rasa lain (haha) tapi lepas hari keberapa period tak ingat, keluar macam darah seketul besar. Diikuti pening kepala yang lain macam sakitnya. Saya dan suami suspek gugur. Bulan Februari pun saya period lagi, tapi normal period. Lepas period kali kedua, saya pergi berurut tradisional kat kampung. Wan yang urut tu ada baca ayat Al-Quran sambil tu, dan nasihatkan yang ini cuma ikhtiar dia untuk tolong. Tapi actually lepas habis sesi mengurut, wan tu sebenarnya kelakar gilaa, dah tua sangat tapi kelakar dia kalah lawak maharaja lawak mega. Alih-alih dah habis urut dia kata "malam ni terus tau.." Cehh wann ni direct gila mama I pun tergelak sakan je.




So Alkisahnya saya first terdetik nak buat pregnancy test sebab time first month pregnancy saya memang taktau apa-apa tapi asyik nak terkencinggg je. Haha :P And haus sangat mula-mula sebab ingatkan cuaca panas El Nino tapi nak terkencing tu kerap sangat biasa tak cenggini. Tambah pulak rasa macam dah seminggu lambat period. Sebenarnya period saya memang tak berapa nak tetap, tapi takdela lari jauh sangat tarikh bulanan dia. Mungkin naluri keibuan tu dah ada (cewaah) dah rasa yakinnn je macam ada isi, macam entah tiba-tiba nak buat pregnancy test sebab mmg kami rancang nak anak. Mula-mula taknak berharap sangat, so niat nak test-test je :)



Kali ni, husband memang taknak berharap sangat nanti dia takut kecewa. Malam tu jugak kitorang pergi cari UPT Test Strip, tapi suami pesan, kalau tak ada jangan kecewa dan nangis tau. Banyak kali suami pesan, saya cakap tak apa la saya redha. Rupenye lepas saya dapat tau mengandung, suami confess dia pujuk saya jangan kecewa sebab dia takut dia lagi kecewa hihihi, Comey je. Para ibu, ketahuilah sebenarnya bab emosi kadangkala suami lagi lemah dari kita and harap kita kuat supaya dia dapat kuat jugak tau :)



Berbalik pada UPT Test, malam tu jugak saya buat sebab tak sabar haha. Mula-mula masa titikkan urine, ada satu line serta merta keluar. Satu je.. sedih dah masa tu.. tapi tahan je sebab dah janji sengan husband taknak sedih hehe. Bila kluar bilik air, husband tanya macam mana, saya kata maaf yayang belum rezeki kita. Husband peluk and pujuk kata its ok nanti kita ikhtiar lagi. Husband kata nak tengok UPT Test tu. Saya pun bagi. "Eh ni dua line kan? Satu ni samar-samar." Saya tengok balik. Eh yela dua line, saya baca balik paket dia kata tunggu beberapa minit. Sebab saya gelojoh tak baca betul-betul satu saat dah tengok result haha. Tapi suami kata samar mcm ni kira ke? Suami kata dia taknak mengharap nanti dia sedih. Saya pun google la. Dalam blog-blog lain kata asalkan ada tanda samar maknanya pregnant sebab menandakan adanya hormon HCG yang hanya wujud kalau pregnant, melainkan chemical pregnancy yang mana kita alami keguguran minor (macam saya masa bulan Januari lepas), sisa-sisa hormon masih ada sikit tapi kandungan dah tak ada. Still ada line samar. Husband cakap dia taknak happy sangat dulu, sebab saya ada history gugur minor. Dia kata buat lagi sekali esok. Sebab saya pun baru google yang the best time buat test ni adalah pada waktu subuh sebelum consume makanan. Waktu tu hormon HCG paling pekat.



UPT Test kali pertama



Malam tu jugak husband gigih pegi farmasi beli lagi satu UPT Test ok. Buat pengetahuan, kitorang beli jenama Disclosure. Murah je dalam RM5-6 satu. Malam tu tak dapat tido nak tunggu subuh.



Esoknya subuh buat lagi sekali test. Still satu clear satu samar result dia. Husband still tak puas hati. Mula-mula ingat nak beli jenama yang mahal sikit ClearBlue sebab dalam blog ramai recommend, kata diorang lebih tepat. Saya suggest dengan husband terus pegi klinik jela. Saya whatsapp kak ipar and kawan saya yang dah pregnant, tunjuk result tu tanya kalau mcm ni kira pregnant ke sebab diorang dah ada pengalaman. Dua-dua terus congratulate saya, cakap kalau macam tu sah mengandung. Saya cakap ish betul ke takutnyaa nak happy cepat sangat, 
dah terjebak syndrome husband pulak dahh hihi. Diorang gelak je dan suggest pegi scan terus untuk kepastian. 



UPT Test kali kedua. Still samar tapi ada dua line


Malam tu kitorang pergi klinik kat area rumah, tapi doktor situ kata machine scan tak ada kat klinik sekarang, cawangan dia pinjam. Hujung minggu baru ada. Hah buat suspend betul la hahaha. Atas sebab tidak sabar, pegi klinik lagi satu kat Putra Perdana, namanya Klinik An Nisa atas recommendation kawan yang whatsapp tadi tu. 



Masa masuk bilik doktor, uihh ketar pulak nak tau result. Doktornya perempuan, lembut je. Dia tanya untuk period kali terakhir, bila tarikh first day period tu. Saya bagitau 12 Februari. Then dia terus suruh baring atas katil untuk scan. Ketar dahhh masa ni, dalam hati kata kalau tak ada takpe. Jeling tengok husband muka dia lagi cemas hahaha.



Lepas scan, Alhamdulillah doktor sahkan dah ada kantung means memang mengandung :) :) Syukur, gembira, terharu, semua ada. Husband dah menyengih sampai telinga, takleh tutup dah mulut tu senyum lebar je haha. Doktor tunjuk rahim dah bengkak, mengakibatkan pundi kencing ditekan. Patutlaah rasa nak kencing jee hihi. Doktor pun bagi gambar scan first, dan baby dianggarkan berusia 4/5 minggu. Gambar scan tak jelas sangat sebab baru ada kantung kan. Doktor pun bagi asid folik yang sekali dengan vitamin untuk consume sehari sekali lepas makan. Masuk je kereta husband terus peluk dan ucapkan syukur, husband pesan dah kena start jaga diri extra. Masa ni, touching sangat rasa hihi.




Sekarang buat monthly check up di Klinik An Nisa je sebab servis ok dan harga pun affordable. First time scan + acid folic = caj RM47 je. First monthly check up + scan denyut jantung dan pergerakan baby + obimin = caj RM59 je. Dan tak perlu ambil cuti nak pegi buat check up, since boleh checkup samada lepas maghrib atau hujung minggu tapi doktor galakkan datang hujung minggu sebab pregnancy checkup ni biasa ambik masa. Paling penting, doktornya perempuan :) So memang klinik An Nisa lah pilihan kitorang untuk monthly check up :)

Syukur sangat, sekarang kandungan dah 13 minggu dan dah dapat pil obimin pulak. Nanti sambung next entry ;) to be continued..